LAZADA Super 10.10 Carnival Sale membawa berita baik buat peminat jenama Apple apabila penjimatan hingga RM500 ditawarkan untuk tempoh dua hari sahaja.

Kempen jualan yang berlangsung bermula esok hingga 12 Oktober itu menawarkan caj penghantaran percuma. Paling penting, ansuran 36 bulan tanpa faedah!

Sempena jualan karnival tersebut, LazMall Super New Arrival bersama pengedar rasmi Apple menawarkan sesuatu yang menarik kepada anda semua.

lazada

Bagi merancakkan lagi jualan iPhone 14 dan iPhone 14 Pro yang baru dilancarkan baru-baru ini, pakej yang dipaparkan memang berbaloi.

Untuk pembelian iPhone 14, harga ditawarkan bermula RM4,199 atau bayaran ansuran berjumlah RM117 sebulan untuk tempoh tiga tahun.

lazada

Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih untuk membeli iPhone 14 Pro yang berharga RM5,299, ansuran serendah RM148 sebulan untuk durasi sama.

Baca juga Jualan kaw kaw Shopee dan Lazada. OPPO A16 hanya RM9 sahaja dan banyak lagi!

Banyak lagi produk keluaran Apple yang menjadi kegemaran ramai seperti AirPod Pro, Apple Watch Series 7 dan iPad Mini ditawarkan.

lazada

Harga jualan juga berbeza bergantung kepada promosi yang diberikan oleh pengedar rasmi yang terlibat dalam kempen tersebut.

Selain itu, LazMall juga menawarkan item menarik sempena pelancaran produk baharu Disney.

lazada

Diskaun harga hingga 50 peratus ditambah RM8 baucar tunai memang menarik untuk direbut. Apatah lagi, barangan yang ditawarkan memang comel.

Fitur baharu jenis fon telinga tanpa wayar jenis bluetooth yang diperkenalkan kepada peminat cilik iaitu Disney F9, Disney F9 Summer, Disney LK11 dan Disney F2.

Selain hadir dengan ciri kalis air dan antipeluh, gajet minimalis tersebut juga tersedia dengan teknologi pengasingan bunyi bising, jawab dan tamatkan panggilan telefon.

lazada

lazada

Iklan

Harga ditawarkan bermula RM48 selepas diskaun sebanyak 47 peratus. Memang untung lebih RM40 untuk satu pembelian.

Tidak hanya fon telinga bertemakan karakter karton Disney, koleksi Marvel Avengers pun menarik untuk dibeli.

lazada

Harga asal RM99.90 dijual pada nilai RM58.60 sahaja selepas potongan 41 peratus.

Tidak kurang juga, set Marvel BTMV08 TWS Wireless Bluetooth yang desain lebih bergaya dan gagah perkasa dengan tiga pilihan iaitu Captain America, Iron Man dan Black Panther.

lazada

Iklan

Setiap satu set ditawarkan pada harga RM98 sahaja berbanding nilai asal, RM168.80.

Bagi mereka yang sukakan set audio dengan desain Mickey Mouse dan Lots-o’-Huggin’ Bear, dua gajet tersebut turut ditawarkan sementara stok masih ada.

Selain boleh dibeli untuk koleksi peribadi, fon telinga dan audio tanpa wayar tersebut boleh dijadikan hadiah ulang tahun.

lazada

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi