Legakan batuk kering dengan gigit bunga cengkih, tip berguna untuk jemaah haji di Makkah dan kita yang sedang sakit
KETIKA ini berjuta-juta umat Islam masih berada di Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima.
Keadaan cuaca yang berbeza membuatkan ramai jemaah haji dan umrah mudah terkena batuk kering.
Menurut pakar otak dan kesihatan, Dr Rizal Abu Bakar, batuk kering jenis yang tidak berkahak menganggu jemaah semasa solat, berjalan dan tidur.
Situasi tersebut dilihat beliau secara jelas ketika mengerjakan haji pada tahun 2019.
“Kalau dah kena batuk jenis ni, guna lozeng pun tak jadi apa.
“Ambil ubat batuk pun sama. Batuk macam tu jugalah,” katanya.
Bertitik tolak daripada itu, Dr Rizal turut berkongsi cara mudah merawat batuk menggunakan bunga cengkih melalui laman Facebooknya.
Beliau mengesyorkan jemaah haji atau umrah untuk menggigit bunga yang mempunyai rasa yang pedas itu seperti makan gula-gula getah.
“Biar jus bunga cengkih masuk ke kerongkong. Kalau tak sanggup bolehlah masukkan dalam air panas, tapi kena tumbuk-tumbuk sikit. Biar bunga cengkih pecah,” katanya memberi panduan.
Bagi mereka yang mungkin tidak tahan dengan rasanya, Dr Rizal mencadangkan rempah yang biasa dijadikan penyedap masakan itu dicampur bersama madu supaya ia lebih mudah ditelan.
Selain dimakan mentah, beliau berkata, semburan pati bunga cengkih juga banyak dijual di pasaran dan sesuai untuk merawat batuk.
“Cara pun mudah saja. Spray masuk dalam kerongkong. Dua kali sehari,” tambahnya.
Bukan mereka di Makkah sahaja mengalami batuk-batuk.
Kita yang berada di Malaysia juga mudah jatuh sakit kesan daripada cuaca panas sekarang ini.
Selain daripada mendapatkan rawatan di fasiliti perubatan, tip yang dikongsikan Dr Rizal boleh kita cuba di rumah.
Di samping itu, SinarPlus senaraikan juga manfaat cengkih yang lain yang dikongsikan oleh Tip Sihat:
1) Mengawal penyakit kencing manis.
2) Mampu melawan kanser.
3) Meningkatkan kesihatan organ hati manusia.
4) Menurunkan berat badan.
5) Meningkatkan kesihatan tulang.
6) Meningkatkan tahap testosteron dan merawat masalah mati pucuk.
7) Merawat sakit kepala.
8) Mengurangkan ulser perut.
Hmm... rupa-rupanya manfaat cengkih ini bukan calang-calang ya. Manfaatkan sebaik-baiknya. Kos beli cengkih pun lagi murah daripada beli ubat kat farmasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang