Lubang besar pada ulu hati punca Jasmin Hamid jalani pembedahan bariatrik. Ini manfaat lain rawatan itu yang ramai tak tahu
PELAKON Jasmin Hamid selamat menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan di ibu negara baru-baru ini.
Menurut aktres berusia 52 tahun itu, beliau dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan prosedur berkenaan selepas mendapati terdapat masalah pada bahagian ulu hati.
Pelakon Cukup Derita Itu berkongsi video di laman Instagram miliknya memberitahu sudah selesai menjalani pembedahan tersebut.
“Syukur alhamdulillah. Dengan izin-NYA, saya dah selamat buat operation Sleeve Bariatric yang dilakukan oleh @dr.mustafamt.my di @cgimedicalcentre.. untuk yang ada masalah dalam perut dan masalah berat badan.
“Selama ni saya dengar cerita orang je. Itulah inilah tapi bila dah buat sendiri, baru tahu apa sebenarnya problem yang ada dalam perut kita.
“Macam kes ini, saya ada lubang besar kat ulu hati. Patutlah selama ni kadang-kadang rasa senak perut, ingatkan angin tapi rupanya perut dah masuk ke ulu hati dan @dr.mustafamt.my dah settlekan problem itu, alhamdulillah..,” tulisnya.
Pembedahan bariatrik sebenarnya bukan semata-mata untuk mengurangkan berat badan.
Terdapat banyak lagi manfaat rawatan itu pada tubuh manusia.
Menurut Cleveland Clinic, faedah pembedahan bariatrik melangkaui sekadar menurunkan berat badan.
Berikut tujuh kelebihan lain pembedahan bariatrik:
1. Kaedah rawatan jangka panjang untuk diabetes jenis 2
Satu kajian melaporkan bahawa pembedahan bariatrik menyumbang kepada remisi jangka panjang penyakit diabetes jenis 2.
2. Kesihatan kardiovaskular bertambah baik
Pembedahan penurunan berat badan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, strok dan penyakit jantung periferi.
Satu kajian juga melaporkan bahawa penurunan berat badan yang dicapai daripada pembedahan boleh membantu mencegah risiko kematian yang berkaitan dengan strok dan hipertensi.
Tekanan darah dan paras kolesterol juga boleh kembali normal atau hampir normal.
Baca juga:Jalani pembedahan bariatrik, ‘Saya buat bukan untuk cantik…’ – Alyah
3. Mengelak seseorang mengalami kemurungan
Seseorang yang obesiti mungkin berasa tertekan kerana imej badan yang gemuk dan stigma sosial. Ia boleh membawa kepada pengasingan sosial dan kemurungan.
Justeru, kehilangan berat badan berlebihan ini boleh meningkatkan kesihatan emosi pada pesakit ini.
4. Mengurangkan masalah apnea tidur obstruktif
Mencapai dan mengekalkan julat berat normal membolehkan seseorang yang mengalami apnea tidur berhenti menggunakan mesin CPAP pada waktu tidur.
Baca juga: Pembedahan bariatrik bukan untuk kurus semata-mata. Ini pengakuan 3 artis terkenal
5. Melegakan sakit sendi
Berat badan yang berlebihan memberi banyak tekanan pada sendi dan sering menyebabkan sakit kronik dan kerosakan bahagian itu.
Penurunan berat badan yang ketara dan berterusan selepas pembedahan bariatrik melegakan tekanan pada sendi.
6. Meningkatkan kesuburan
Pembedahan penurunan berat badan juga boleh meningkatkan kesuburan.
Satu kajian melaporkan bahawa risiko keguguran mungkin menurun selepas pembedahan dan boleh meningkatkan kitaran haid pada wanita yang tidak mengalami ovulasi.
7. Mengurangkan situasi perubatan lain
Pembedahan penurunan berat badan juga boleh melegakan sindrom metabolik, komplikasi kehamilan, penyakit pundi hempedu dan banyak lagi.
Oleh yang demikian, jangan kita fikir rawatan itu semata-mata untuk kurus sahaja.
Ia sebaliknya telah membantu ramai orang mendapat kualiti hidup yang lebih baik.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang