Mahu chill & tenangkan fikiran, Dusun Retreats di Hulu Langat singgahan paling berbaloi

A
A
A

Mahu chill, tenangkan fikiran, Dusun Retreats di Hulu Langat singgahan paling berbaloi!

MEMILIKI sebuah kediaman yang dinamakan Vila Gerimis Senja yang jauh daripada pandangan orang ramai membuatkan Mohd Hurairah Mohd Kasim dan isterinya, Freda Yusof, 31, terfikir sesuatu.

Sama ada Mohd Hurairah atau Freda, mereka mahu menjadikan premis yang terletak di Batu 17 3/4, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor itu sebagai salah satu penginapan eksklusif yang terdapat di Selangor.

Ilham itu juga sebagai salah satu alternatif untuk kedua-duanya mencari duit lebih untuk menampung majlis perkahwinan mereka pada tahun 2015.

daun retreats

Maka, selepas berkira-kira, akhirnya pasangan bahagia tersebut sepakat menjenamakan semula kediaman itu dengan nama Daun Retreats.

“Rumah ini sudah dibina sejak lebih 15 tahun lalu dan hanya digunakan untuk percutian famili saja. Bila jarang-jarang ada penghuni, saya terfikir untuk menjadikannya sebagai lokasi percutian.

daun retreats

“Selain dapat menjana pendapatan, rumah yang mempunyai keunikan kolam infiniti dan panorama hutan itu sekurang-kurangnya terjaga dari segi penyelenggaraan bila ada pengunjung. Memang tak sangka, kami terima sambutan sangat luar biasa sejak ia mula diperkenalkan sehingga sekarang,” kata Mohd Hurairah.

 

Disebabkan tempahan untuk lot banglo dua tingkat tersebut sentiasa penuh, Amar memperkenalkan pakej baharu iaitu Kasturi Cabin dan Kozu.

daun retreats

Kasturi Cabin merupakan kamar yang direka khas dengan konsep terbuka di tengah kebun buah-buahan seluas 1.2 hektar di Kampung Lubok Kelubi, Cheras.

Selain lengkap dengan kemudahan kolam dan kelengkapan barbeku, pemandangan gunung-ganang akan membuatkan pengunjung lebih tenang.

daun retreats

daun retreats

"Kabin ini memang selesa dan boleh memuatkan seramai lapan orang pada satu-satu masa. Paling menarik, kedudukannya yang betul-betul di lereng bukit akan membuatkan orang ramai sentiasa rasa sejuk dan nyaman.

Baca juga Liburan dengan karavan, trend masa kini menjadi kegilaan ramai. Seronok betul dapat bersantai dengan famili!

"Lagi seronok apabila tiba musim buah-buahan kerana kawasan ini penuh dengan durian, rambutan dan pulasan,” katanya.

daun retreats

daun retreats

Bagi mereka yang ingin merasai kamar sentuhan dekorasi Jepun, para pelanggan boleh menempah kamar Kozu yang terletak berhampiran Kasturi Cabin.

Ujar usahawan tersebut, reka bentuk Kozu dicetuskan daripada desain rumah tradisional dan moden yang terdapat di Osaka dan Tokyo. Ia berkonsepkan mewah, tetapi minimalis.

daun retreats

daun retreats

“Penggunaan pokok buluh di pintu masuk dan atap serta elemen rotan termasuk tilam tatami yang dibentangkan akan lebih membuatkan aura sebuah bilik Jepun lebih terasa," katanya.

Semestinya percutian orang ramai di sana tidak akan membosankan. Masakan tidak, Air Terjun Sungai Gabai hanya mengambil empat minit sahaja dari lokasi berkenaan.

Daun Retreats

Alamat: Batu 17 3/4, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor dan Lot 1476 Jalan Pansoon, Kampung Lubuk Kelubi, Bt 20 1/4, Hulu Langat, Selangor

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM900 hingga RM1800

Facebook: Daun Retreats

Instagram: @daunretreats

daun retreats

#rekreasipilihan

SEANDAINYA mempunyai bajet lebih, setiap daripada kita mengimpikan percutian yang mewah dan privasi.

Sebenarnya, hasrat itu boleh direalisasikan jika kita bersama adik-beradik, saudara-mara atau rakan taulan berkongsi wang untuk menginap di sebuah kediaman atau vila berskala besar.

Jika Daun Retreats yang terletak di Hulu Langat, Selangor sentiasa penuh, kami cadangkan beberapa destinasi popular lain. Antaranya:

daun retreats

sekeping serendah

Sekeping Serendah Retreats

Alamat: Jalan Ipoh, Kampung Orang Asli Serendah, Serendah, Selangor

Waktu operasi: 8 pagi hingga 6 petang

Pakej: Bermula RM300 hingga RM1,940

Facebook: Sekeping Retreats

Instagram: @sekepingretreats

Baca juga 6 konsep libur gaya milenial wajib cuba, glamping tawar perkhemahan glamour dalam hutan rimba

The Dusun

The Dusun

Alamat: 3437, Jalan Kampung Baharu Pantai, Pantai, Negeri Sembilan

Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam

Pakej: Bermula RM500 hingga RM1,000

Facebook: The Dusun

Instagram: @thedusun

Japamala Resort, Tioman Island

Japamala Resort, Tioman Island

Japamala Resort

Alamat: Kampung Lanting, Pahang Tua, Pulau Tioman, Pahang

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM1,253 hingga RM3,253

Facebook: Japamala Resort, Tioman Island

Instagram: @JapaMalaResort

Twinkle Villa

Twinkle Villa

Alamat: Lot 350, Lorong Sum Sum Dua, Janda Baik, Bentong, Pahang

Waktu operasi: 24 jam

Pakej: Bermula RM1,888 hingga RM3,888

Facebook: Twinkle Villa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca