Makan piza, masakan Melayu-Jawa sambil halwa mata melihat panorama air sungai nan indah

A
A
A

LAZIMNYA, piza antara menu santai yang mudah didapati sama ada di outlet jenama terkenal, pasar malam atau gerai di tepi jalan.

Lain pula pendekatan Nurliyana Baudin, 34, bersama ibu bapa dan dua adiknya yang membawakan keunikan menu piza buatan sendiri dan kulinari Melayu-Jawa di sebuah kebun buah-buahan.

Lagi menarik, Butik Roti Maria yang terletak di Kampung Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan itu lebih privasi dan mempunyai anak sungai jernih yang mengalir dari Air Terjun Sungai Mahang.

Nurliyana yang juga Pengurus Butik Roti Maria memberitahu, idea menubuhkan premis tersebut tercetus ketika gelombang pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.

piza Melayu

“Masa itu, bisnes kilang roti emak dan ayah yang berusia lebih 20 tahun tidak dapat beroperasi, manakala adik beradik lain yang bekerja sebagai cef hilang pekerjaan sekelip mata,” imbau anak sulung daripada tiga beradik itu.

Namun, sebaik PKP berakhir, kilang roti keluarga Nurliyana menjadi tumpuan semula.

“Pada mulanya, pelanggan datang untuk dapatkan stok roti. Kemudian, mereka lepak seketika untuk melihat panorama kebun dan anak sungai. Siap minta kami bentangkan tikar untuk mereka makan di sana.

piza Melayu

“Bermula daripada lima meja, akhirnya sekarang ini kami sudah mampu menyediakan 40 meja khas untuk pelanggan yang semakin bertambah dari hari ke hari,” kata ibu tunggal tersebut yang mengusahakan butik roti tersebut bersama dua adiknya, Cef Muhammad Fahmi dan Cef Zainab.

Baca juga Hanya guna 5 keping roti bonanza, boleh hasilkan satu hidangan piza yang menyelerakan

Nurliyana memberitahu, selain roti, Piza Empat Musim Baudin yang dibuat sendiri oleh ayahnya, Baudin Jaksis paling menjadi rebutan.

piza Melayu

Piza yang dibuat oleh lelaki berusia 69 tahun itu dilengkapi dengan empat topping berbeza iaitu pepperoni ayam dan daging serta Baudin’s Sambal Hitam. Beliau juga memberi kelainan dengan menyediakan piza ala Korean Spicy Chicken.

Baca juga Lelehan keju jadikan piza ‘homemade’ lebih mengiurkan. Ini cara mudah nak masak

“Alhamdulillah, rata-rata piza laku keras kerana satu famili boleh makan bersama dan memang menjimatkan. Topping pepperoni ayam dan daging memang sesuai dijamah oleh kanak-kanak kerana tak pedas.

piza Melayu

“Lagi satu, doh piza kami memang lembut dan dibuat segar setiap hari demi menjaga kualiti makanan,” kata pensyarah sambilan itu.

Tidak hanya tertumpu dengan sajian Barat semata-mata, menu signatur yang disediakan ibu tercinta, Mariah Abdul Razak, 56, juga menambat perhatian.

Antaranya menu seperti Mee Rebus Daging Maria, Soto Jawa Totok Maria dan Mee Kari Amma Maria.

piza Melayu

“Emak memang pakar untuk sajian Melayu-Jawa. Boleh dikatakan setiap hari stok daging baharu akan dibeli di pasar berhampiran demi memastikan kualiti rasa betul-betul padu dan kita sendiri akan rasa berbesar hati untuk sajikan kepada para pelanggan,” katanya.

Baca juga Wah! 4 perisa dalam 1 piza dengan sos Top Secret daripada Domino’s. Lebih jimat dan semestinya sedap!

Kepada orang ramai yang datang bertandang pada cuti hujung minggu, Nurliyana menasihatkan agar membuat tempahan terlebih dahulu kerana bimbang meja penuh.

piza Melayu

“Kalau hari biasa iaitu Rabu hingga Jumaat, pelanggan boleh datang terus. Cuma untuk Sabtu Ahad atau musim perayaan atau cuti sekolah, kami hanya buka untuk tempahan sahaja,” ujarnya.

INFO Butik Roti Maria

Alamat: Lot 2861, Kampung Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan

Waktu operasi: 11 pagi hingga 6.30 petang

Menu signatur: Piza Empat Musim Baudin dan Mee Rebus Daging Maria

Harga: Bermula RM2 hingga RM40

Facebook: Butik Roti Maria

#jomsinggah

piza Melayu

Suasana santai dalam kebun buah-buahan dan tepi sungai menjadi kelebihan buat bisnes famili Nurliyana Baudin yang mengusahakan Butik Roti Maria di Nilai, Negeri Sembilan.

Piza Empat Musim Baudin yang menjadi signatur premis itu memang berjaya menarik perhatian ramai.

Carian SinarPlus juga mendapati, ramai pengusaha tempatan mengetengahkan resipi piza tersendiri di premis yang sangat selesa.

Berikut beberapa destinasi yang boleh orang ramai kunjungi:

piza Melayu

Pizza Jangok Mek Ani

Alamat: Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Menu signatur: Piza seafood

Harga: Bermula RM17

Facebook: Pizza Jangok Mek Ani

piza Melayu

Pizza Meru

Alamat: Lot 2124, Batu 6, Meru, Jalan Meru,Klang Selangor

Waktu operasi: 4.30 petang hingga 10.30 malam

Menu signatur: Piza pepperoni ayam

Harga: Bermula RM11 hingga RM25

Facebook: Pizza Meru

piza Melayu

PizzaBite JB

Alamat: 24, Jalan Jagong 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan

Menu signatur: Buttermilk Chicken Pizza

Harga: Bermula RM20 hingga RM27

Facebook: PizzaBite JB

piza Melayu

NZ Pizza

Alamat: Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan

Menu signatur: Cheesy pizza

Harga: Bermula RM5 hingga RM10

Facebook: NZ Pizza

Instagram:@nz_pizza

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca