Mampu bertahan lebih 300 jam, HyperX Cloud Alpha lebih bergaya dengan ciri dipertingkatkan

A
A
A

PENGENALAN fon kepala berteknologi tinggi, HyperX Cloud Alpha nampaknya berjaya mencuri perhatian peminat permainan dalam talian selepas dilancarkan baru-baru ini.

Menariknya, sistem pemacu dwiruang yang dipertingkatkan membantu memisahkan frekuensi bass pada tune pertengahan dan tinggi, sekali gus mengurangkan nada bising.

Menurut portal hyperx.com, reka bentuk stailo dan moden memberikan pengalaman lebih baik buat kaki game dengan ciri kelancaran bunyi yang lebih jelas dan lancar.

fon kepala

“Kelebihan audio crystal-clear membolehkan pemain berkomunikasi dengan baik tanpa sebarang gangguan bunyi seterusnya fokus kepada permainan.

Baca juga Jangan lepaskan miliki fon telinga canggih, Earbuds 2 Lite bersama siri terbaharu HONOR 50

“Satu lagi kelebihan HyperX Cloud Alpha yang berjaya menarik perhatian ramai adalah kekuatannya yang mampu bertahan selama 300 jam iaitu lebih 12 hari tanpa dicaj,” kata jenama tersebut.

fon kepala

Fitur versatil tersebut juga direka khas untuk disesuaikan kepada penggunaan komputer peribadi, PS4, Xbox, Nintendo Switch dan lain-lain platform yang memiliki port bersaiz 3.5 milimeter.

Untuk maklumat lanjut, layari https://hyperx.com. Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada pada harga bermula RM355.

Baca juga Lebih ringan dan minimalis, Galaxy Buds2 sekat sebarang bunyi yang merengsakan

fon kepala

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca