MARTABAK atau murtabak memang menu kemestian di bulan Ramadan. Menyerupai roti canai tetapi berintikan daging atau ayam, telur, rempah dan bawang, martabak adalah makanan jalanan yang menjadi kegemaran segenap lapisan umur. Dicicah dengan kuah kari atau cuka dan bawang memang padu!

Pada zaman semua barangan serba mahal ini apa kata buat sendiri martabak. Senang dan sedap, dengan resipi daripada Yanie Mansor anda boleh buat sendiri martabak mini untuk santapan keluarga. Menggunakan kulit popia sahaja, tak perlu bersusah payah menguli doh!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya:

Baca juga: Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

Baca juga: Resipi Udang Buttermilk Cheese terlajak sedap hingga menjilat jari

MARTABAK MINI

Bahan-bahan

Kulit popia secukupnya [BELI DI SINI]
Isi ayam / daging lembu cincang
3 biji kentang (dipotong dadu) [BELI DI SINI]
3 sudu makan rempah kari [BELI DI SINI]
1 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (dipotong dadu) [BELI DI SINI]
2 biji telur
Daun sup dan daun bawang
Garam [BELI DI SINI]
Gula [BELI DI SINI]
Sedikit minyak [BELI DI SINI]

Cara memasak inti

1. Tumis bawang yang telah dipotong dadu.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air, masak ia sehingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan kentang.
4. Tuangkan air hanya paras bahan-bahan yang dimasak. Elakkan terlalu banyak untuk mengelakkan ia lembik.
5. Masukkan gula dan garam dan masak inti ini sehingga kering airnya.

Iklan

Cara membalut dan menggoreng martabak

1. Pecahkan dua biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang dimasak tadi.
2. Masukkan pula daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
3. Tuangkan sedikit minyak dalam kuali leper.
4. Ambil sehelai kulit popia dan bentangkan di atas kuali.
5. Sendukkan adunan inti ke atas kulit popia dan lipat membentuk empat segi.
6. Goreng dengan api perlahan sehingga masak dan boleh dihidangkan.

Baca juga: Hampir 1,500 like, resipi mudah buat Sekaya Telur, sedap makan sejuk-sejuk

Iklan

Sumber: Yanie Mansor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi