Maut akibat strok ketika masih muda, ini fakta yang ramai kena ambil tahu
MAUT akibat strok ketika masih muda. Fenomena berkenaan bukan satu perkara baharu di Malaysia dan dunia kesihatan.
Namun, apabila Sarawak kehilangan seorang penembak senior, Stephanie Sim Shu Ming yang meninggal dunia secara mengejut akibat strok, hal berkenaan menjadi perbualan semula.
baca juga 2 kali ganda risiko diserang strok, wanita usia 35 tahun perlu tahu ini
Bukan apa, mendiang baru sahaja berusia 19 tahun. Bukan sahaja kita, malah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah melahirkan rasa terkejut dengan kematian Stephanie.
Beliau menyifatkan atlet muda tersebut merupakan prospek pingat pada temasya Sukma akan datang.
Berdasarkan kejadian itu, Pegawai Perubatan, Klinik Ajwa Shah Alam, Dr Arisman Wedge baru-baru ini berkongsi lebih lanjut berkenaan strok.
Tulisnya dalam laman Facebook, strok atau angin ahmar dibahagikan kepada dua jenis iaitu strok pendarahan (strok hemoragik) dan bukan pendarahan (strok iskemik).
"Strok iskemik terjadi kerana saluran darah menuju ke otak tersumbat menyebabkan sebahagian tisu otak mati.
"Ia juga sering dikaitkan dengan strok pada usia muda," katanya.
Tambah beliau lagi, strok pada usia muda (bawah umur 45 tahun) masih jarang ditemui berbanding mereka yang sudah berumur.
Berkongsi fakta, Dr Arisman berkata, strok sering terjadi dalam kalangan wanita.
Statistik menunjukkan tujuh hingga 15 daripada 100,000 orang per tahun akan mendapat strok (jenis pendarahan dan bukan pendarahan, bagi usia 45 tahun ke bawah).
Sementara itu, merujuk portal MyHealth, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya krisis kesihatan itu.
Antaranya termasuklah
a) Umur
b) Jantina
c) Sejarah keluarga
d) Amalan gaya hidup.
e) Tekanan darah tinggi dan kencing manis.
f) Paras kolesterol tinggi dan berat badan berlebihan.
g) Merokok, cara hidup tak aktif dan stres.
h) Pemakanan dan pengambilan alkohol berlebihan.
LANGKAH PENCEGAHAN
Sehubungan itu, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mencegah serangan strok seperti yang dikongsikan Centre for Disease Control and Prevention iaitu:
i) Amalan hidup yang sihat.
ii) Pilih makanan dan minuman yang sihat.
iii) Pastikan berat badan normal dan sihat.
iv) Jangan merokok dan kurangkan pengambilan alkohol.
Baca juga Ibu hamil punyai tekanan darah tinggi, diabetes lebih mudah diserang strok
Di samping itu, Dr Arisman dalam penulisannya menyarankan orang ramai untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sekiranya usia melebihi 30 tahun ke atas dan ulanginya pada setiap tahun.
"Selain itu, sekiranya sejarah keluarga mempunyai penyakit kronik atau meninggal mengejut, perlu lakukan pemeriksaan kesihatan seawal usia 18 tahun termasuklah jantung.
"Jika individu mengalami migrain atau sakit kepala yang kerap juga boleh merujuk ke Pakar Neurologi untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut," ujarnya.
Hmm... strok ini memang berbahaya dan boleh dianggap sebagai pembunuh senyap.
Ini kerana kadangkala, ia tidak bergejala atau wujudnya simptom-simptom yang ketara.
Kepada pembaca SinarPlus di luar sana, pastikan kesihatan anda terjaga, jangan leka walau ada sedikit petanda yang menunjukkan badan kita tidak sihat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang