JANGAN katakan wanita, tetapi masalah bibir juga kerap melanda kaum lelaki.

Apabila kering, bibir akan mengelupas, malah boleh merekah sehingga membuatkan kita remas dan pada masa sama, mengganggu aktiviti seharian kita.

Kita akan jadi malas mahu menguntum senyuman, makan dan juga tiba-tiba malas bercakap. Betul tak?


Persoalannya, bagaimana bibir kering boleh terjadi?

Menjawab kepada porsoalan itu, Doktor Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad berkongsi beberapa punca terjadinya permasalahan itu menerusi hantaran Facebooknya baru-baru ini.

Pertama sekali, jelas beliau, hal berkenaan boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada suhu yang keterlaluan.

“Keadaan itu terjadi tidak kira sama ada ketika suhu yang tinggi atau suhu yang terlalu rendah,” terangnya.

Jelas beliau lagi, kekurangan air (dehidrasi) yang sederhana juga boleh menyumbang.

“Ramai yang menyangka dengan meminum apa jua jenis air, masalah itu boleh diselesaikan, tetapi harus diingatkan air jenis kafein dan alkohol juga menjadi punca kekurangan air tanpa disedari,” katanya.

Jika anda seorang yang suka membasahkan bibir dengan air liur sendiri, segera buang tabiat berkenaan.

Kalau anda mahu tahu, perilaku itu juga boleh menjadi bibir kita kering dan boleh merekah!

“Mereka menganggap dengan ‘menjilat’ bibir sendiri dapat mengekalkan kelembapan bibir, sedangkan perbuatan itu menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit,” terang pengamal perubatan terkenal itu.

Baca juga[VIDEO] Wajah berubah 70%, bibir hitam, hujung mata berbirat, Ustaz Kazim dedah alami penyakit ‘ain

PAKAI PELEMBAB, MINUM 8 GELAS AIR

Berikut faktor-faktor lain yang disenaraikan oleh Dr Zubaidi menjadi punca bibir kita kering:

Iklan

i) Masalah keradangan atau iritasi juga menyumbang. Selain daripada air liur (saliva) dan lipstick, makanan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

ii) Seseorang yang mempunyai alergi terhadap sesuatu makanan akan menyebabkan bibirnya secara tiba-tiba menjadi bengkak dan ada kalanya alahan terhadap sesuatu makanan menyebabkan kekeringan pada bibir.
Hal tersebut boleh menjadi lebih serius jika seseorang itu penghidap penyakit ekzema.

iii) Stres dan kepenatan bekerja mengakibatkan daya tahan tubuh menjadi rendah. Jadi, jangkitan kuman pada sekitar mulut dan bibir lebih senang berlaku.

Sehubungan itu, apakah rawatan untuk mengatasi permasalahan itu?

Iklan

i) Pertama, pastikan anda minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari.
“Minum air yang lebih banyak terutamanya ketika dalam keadaan yang panas atau melakukan aktiviti luar atau jika badan seseorang dikategorikan sebagai obes.
“Orang obes memerlukan air melebihi orang yang tidak obes kerana permukaan kulitnya yang lebih besar dan itu menyebabkan lebih banyak air tersejat melalui kulit,” terangnya lagi.


ii) Pelembap bibir juga boleh digunakan kerana akan membantu mengurangkan kekeringan pada bibir itu.

Berdasarkan saranan Dr Zubaidi, nampaknya dua pendekatan berkenaan mudah sahaja.

Jadi, kepada kalian yang berdepan masalah bibir cepat kering, jangan lupa ikuti solusi yang dicadangkan itu.

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram!