MASALAH jerawat yang teruk kadang-kadang menjejaskan mood dan boleh menjadi mimpi ngeri buat segelintir individu yang rengsa berdepan masalah kulit berkenaan.

Apatah lagi, pada saat-saat genting seperti mahu menghadiri sesi temu duga, majlis pernikahan atau berjumpa insan tersayang. Ah! Memang risau.

Pakar Dermatologi Hospital Pakar An-Nur, Dr Nur Ashikin Ahmad berkata, banyak kajian menunjukkan bahawa jerawat boleh mengurangkan keyakinan diri, mencetuskan kemurungan atau kebimbangan.

jerawat

Katanya, individu yang berjerawat juga cenderung untuk menyisihkan diri daripada keluarga termasuk kawan-kawan lantaran timbul perasaan kurang yakin untuk berdepan dengan orang ramai.

Mengulas lanjut, Dr Nur Ashikin berkata, sebelum merawat jerawat secara berkesan, orang ramai perlu memahami terlebih dahulu jenis-jenis jerawat yang sering tumbuh pada muka, dada, belakang badan, garis rahang dan juga leher.

Jenis-jenis jerawat adalah seperti berikut:

• Komedo tertutup @ jerawat nasi (whitehead)

jerawat
Jerawat komedo (whitehead).

• Komedo terbuka (blackhead)

Jerawat boleh menjadi teruk jika komedo terbuka atau tertutup dijangkiti bakteria, contohnya:

• Papule iaitu radang jerawat blackhead yang kelihatan seperti benjolan merah.
• Jerawat matang@sista iaitu jerawat bernanah putih atau kuning.

jeawat
Jerawat nanah.

 

• Jerawat batu@nodul iaitu jerawat besar yang bernanah atau jerawat yang ‘tiada mata’.

jerawat
Jerawat batu (nodul).

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah jerawat yang serius, pasti tahu bagaimana sukarnya untuk menghilangkannya, kata pakar itu.

“Jerawat yang teruk tidak boleh hilang dengan produk yang dibeli di kedai. Selalunya ubat sapu digunakan untuk merawat komedo tertutup dan terbuka, malah keberkesanan rawatan boleh dilihat dalam jangka masa tiga bulan.

Baca juga Jerawat tumbuh di bahagian muka, jom kenali apa puncanya

jerawat

“Namun demikian, kes jerawat kategori itu (teruk) boleh mengambil masa hingga lima bulan untuk melihat keberkesanan ubat,” katanya.

RAWATAN

Bagaimana pakar dermatologi merawat masalah jerawat yang dalam kategori ‘parah’ itu?

Kata Dr Nur Ashikin, pakar dermatologi lazimnya akan mengesyorkan salah satu daripada rawatan berikut:

jerawat

Antibiotik dan ubat sapu jerawat
– Rawatan pertama yang disyorkan untuk jerawat yang teruk.
– Pengambilan antibiotik boleh mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat. Ubat sapuan kulit berfungsi untuk mengurangkan bakteria dan liang tersumbat.
– Jika rawatan ini gagal untuk mengecutkan jerawat, pakar dermatologi akan berbincang mengenai ubat isotretinoin dan menukarkan antibiotik ke isotretinoin jika didapati sesuai.

Baca juga Hati-hati beli ubat jerawat online, ini jenis dan kesan sampingan

jerawat

Isotretinoin
– Ubat makan yang berkesan dan bertindak ke atas keempat-empat punca jerawat—bakteria, liang tersumbat, minyak berlebihan dan keradangan (kemerahan dan bengkak).
– Kira-kira 85 peratus pesakit mendapati jerawat muka hilang selepas mengambil ubat isotretinoin.
– Ubat makan isotretinoin mempunyai kesan sampingan seperti bibir kering dan kehamilan adalah dicegah semasa pengambilannya.
– Pakar dermatologi akan berbincang mengenai kesan sampingan dengan lebih lanjut sebelum rawatan dimulakan.

Baca juga Jerawat memang merimaskan dan ganggu penampilan kita. Jom cuba penjagaan kulit harian nombor 1 di Jepun ini

jerawat

Iklan

Pil perancang kehamilan (perempuan sahaja)
– Pil perancang juga menjadi sebahagian daripada ubat makan untuk menghilangkan jerawat.
– Pil perancang juga boleh digunakan bersama-sama dengan antibiotik
atau ubat yang dipanggil spironolactone untuk mengawal jerawat.
– Pakar dermatologi akan mempertimbangkan risiko dan faedah dalam menggunakan pil perancang untuk merawat jerawat.
– Jika pil ini pilihan untuk anda, adalah penting untuk memberitahu pakar dermatologi tentang kesemua masalah kesihatan termasuk penyakit jantung.

Baca juga Bahaya segi tiga kematian, elak picit jerawat dan tarik bulu hidung. Perlakuan yang membahayakan diri

Spironolactone (perempuan sahaja)
– Ubat ini juga boleh merawat jerawat yang teruk pada wanita dengan berkesan. Ia mengurangkan minyak berlebihan.

jerawat

Rawatan khusus untuk jerawat atau physical therapy
– Terdapat beberapa teknik berbeza untuk membuang jerawat bagi:

a) Sista atau nodul yang besar: Suntikan steroid yang membantu mengurangkan saiz nodul dan menghilangkan kesakitan dengan cepat.
b) Komedo terbuka dan tertutup: Prosedur pengekstrakan jerawat untuk mengeluarkan minyak dan kulit mati yang terperangkap pada liang roma kulit.

Baca juga (VIDEO) Petua mudah pudarkan parut jerawat, 4 bahan ini penting

Adakah jerawat akan hilang selepas rawatan?

jerawat

Iklan

Jawapannya, tidak. Selepas kulit menjadi bersih, rawatan pencegahan masih diperlukan.

“Tanpa rawatan tersebut, jerawat boleh kembali dengan cepat. Pakar dermatologi akan berbincang dengan lebih lanjut mengenai rawatan ubat sapu untuk mencegah jerawat dan tempoh masa di mana rawatan perlu dibuat.

Baca juga Jangan buang kulit pisang, terdapat pelbagai kegunaan lain termasuk hilangkan jerawat!

“Penjagaan kulit memainkan peranan penting walaupun jerawat sudah berkurangan, rutin penjagaan kulit yang betul adalah sangat penting. Produk penjagaan kulit yang mesra jerawat dan penggunaan ubat sapu untuk mencegah jerawat akan disyorkan oleh pakar dermatologi,” kata Dr Nur Ashikin.

jerawat

Ya, tiada siapa yang perlu hidup dengan jerawat yang teruk. Namun, tidak mustahil untuk mendapatkan kembali kulit yang bersih.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Dapatkan nasihat daripada pakar dermatologi pada peringkat awal untuk merawat masalah jerawat seterusnya mengelakkan masalah jerawat daripada menjadi lebih serius,” ujarnya.

Sumber Foto Hospital Pakar An-Nur & Canva