Mekap tahan hingga 12 jam dengan PIXY Perfect Fit Two-Way Cake. Senang, tak perlu guna foundation
PIXYPerfect Fit Two-Way Cake iaitu bedak asas yang boleh dijadikan mekap diperkenalkan sejak tahun 2003 kini hadir dengan imej baharu.
Dengan menggunakan produk berkenaan, pengguna tidak perlu lagi menggunakan foundation atau bedak secara berasingan lagi.
"Ia juga amat sesuai kepada mereka yang baru berjinak-jinak untuk bersolek," kata jenama itu dalam satu kenyataan akhbar.
Terdapat dua teknik aplikasi yang boleh digunakan dalam pemakaian PIXY Perfect Fit Two-Way Cake iaitu dengan teknik kering atau basah bergantung pada jenis kulit.
TEKNIK KERING
-Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.
-Cara aplikasi: Oleskan produk terus pada kulit menggunakan aplikator span yang disediakan dalam bungkusan, pada muka dan leher.
TEKNIK BASAH
-Sesuai untuk kulit kering.
-Cara aplikasi: Basahkan aplikator span yang disediakan dengan air, perah span untuk keluarkan lebihan air sebelum dioles pada produk. Oleskan produk dengan span basah pada muka dan leher.
Tambah kenyataan itu lagi, PIXY Perfect Fit Two-Way Cake yang dinaik taraf mengandungi agen pemutih aktif untuk membantu mencerahkan kulit dan dirumus dengan formula yang membantu mekap tahan hingga 12 jam!
Ia juga menawarkan perlindungan tambahan daripada sinaran UVA dan UVB dengan SPF30 PA+++.
BACA JUGA: Tip mekap simple tapi tetap cantik. Nombor 4 tu kena elakkan jika tidak mahu hidung bercapuk!
BACA JUGA: Cantik! Mua bantu mekap gadis mangsa ‘Face Shaming’ ketika live
Menariknya lagi, PIXY Perfect Fit Two-Way Cake juga turut dilengkapi dengan pek isian semula.
Pengguna boleh membeli pek isian semula dan ia mudah untuk digantikan ke dalam bekas asal. Cara demikian akan membantu pengguna sewaktu pemilihan ketika pembelian.
PIXY Perfect Fit Two-Way Cake dengan wajah baharu ini boleh didapati dalam lima warna iaitu White Cream, Yellow Beige, Natural White, Natural Beige dan Tropical Beige.
Dijual pada harga RM20.90 untuk saiz biasa, dan RM12.90 untuk pek isian semula.
PIXY Perfect Fit Two-Way Cake kini boleh didapati di pasar raya dan farmasi serta di pasar raya seperti Tesco, Econsave, Aeon Wellness, Watsons dan Guardian.
Item kecantikan itu juga boleh didapati melalui laman rasmi Mandom di Shopee dan Lazada. Layari https://pixy.com.my/home/base/perfect-fit-series/ untuk maklumat lanjut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang