Suami hanya mampu dengar jeritan isteri meminta tolong, mangsa wanita warga India masih belum ditemui

No Image Caption
A
A
A

MALANG tak berbau.

Demikian perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan seorang pelancong warga India yang terjatuh ke dalam lubang tanah jerlus ketika sedang bersiar-siar.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga seorang wanita sedang berjalan kaki sekitar jam lapan pagi dari Selangor Mansion ke arah Lebuh Ampang dan ingin berehat di kerusi konkrit berhampiran laluan penjalan kaki.

Sebelum sempat melabuhkan punggung, mangsa yang berusia 48 tahun itu dilihat terjatuh ke dalam tanah jerlus bersama kerusi konkrit berhampiran.

Sejurus selepas kejadian, kedengaran mangsa menjerit meminta pertolongan orang sekeliling namun hanya dapat didengari tanpa mampu dibantu orang awam.

Ia susulan mangsa sukar untuk diselamatkan oleh orang ramai kerana kedudukan mangsa yang jauh kira-kira lapan meter dari permukaan jalan.

Suami mangsa yang berusia 40 tahun itu turut mendengari rintihan isteri tercintanya sehingga akhirnya jeritan mangsa semakin lemah dan hilang buat selama-lamanya.

Terkesan dengan kejadian itu, suami mangsa nampak keberatan untuk bercerita lebih lanjut kejadian yang menimpa isterinya selain kesukaran dirinya untuk berbahasa Melayu.

Artikel Berkaitan:

Dalam usaha mencari dan menyelamat, pasukan penyelamat telah mengorek kawasan mendapan dengan menggunakan bantuan mesin jengkaut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memudahkan operasi pencarian.

No Image Caption

Seramai 15 anggota pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan Hang Tuah telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bagi mempercepatkan operasi pencarian, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Pengesan (K9) turut dikerah dalam operasi mencari wanita malang itu.

No Image Caption

Setakat ini, kawasan sekitar kejadian masih selamat untuk kegunaan awam dan tiada sebarang tanda penutupan bagi kawasan terbabit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang