Modal hanya RM2,000, wanita kongsi tip pilih rak TV untuk bilik sempit, rumah pangsapuri

MENETAP di pangsapuri dengan keluasan terhad tidak seharusnya menjadi halangan untuk menghias kediaman mengikut cita rasa anda. Asalkan ada kemahuan dan sedikit kreativiti, keluasan kediaman yang terhad boleh tampak luas serta selesa untuk didiami.

Keseimbangan dan keharmonian amat penting dalam menghias pangsapuri. Perabot, kemasan, dan aksesori hiasan harus seiring dengan skema dekorasi yang anda pilih. Oleh kerana keluasan yang terhad, pilih konsep dekorasi yang tidak memerlukan banyak perabot.

Baca juga: “Benda boleh jimat kenapa beli mahal.” Rumah flat persis apartmen mewah, wanita kongsi tip deko bajet

Melalui satu hantaran dilaman Facebook, Azma Affandi telah berkongsi tip menghias kediaman pangsapuri miliknya. Dengan keluasan 850 kaki persegi, beliau perlu bijak memilih perabot dan susun atur yang sesuai agar keluasan rumah yang terhad tidak kelihatan terlalu padat.

Iklan
Iklan

Baca juga: Inginkan dekorasi menarik, tetapi rumah sempit? Jangan bimbang 4 kaedah ini boleh membantu

Fokus utama dekorasi Azma ialah di bahagian ruang bilik tidur utama. Dengan keluasan bilik 10  x 12 kaki persegi, beliau perlu bijak memilih perabot yang sesuai serta menyesuaikan dengan bajet yang beliau ada.

“Saya berhajat untuk membeli rak televisyen yang sudah siap untuk bilik tidur utama. Masalah timbul apabila lebar bahagian dalam kabinet semuanya melebihi satu kaki. Jika saya tetap juga memilih rak tersebut maka ruang bilik akan bertambah sempit,” jelasnya.

Menurut Azma, puas juga beliau memikirkan bagaimana untuk mencantikkan bilik tidurnya. Beliau tetap juga mahukan rak televisyen ada di dalam bilik. Tidak terburu-buru membuat keputusan, beliau mencari info terlebih dahulu sebelum membuat pilihan.

“Saya berusaha untuk mendapatkan rak televisyen yang sesuai untuk bilik tidur utama. Saya lakar, ukur dan tempah sendiri rak televsiyen mengikut keluasan dan kesesuaian bilik yang sempit,” katanya lagi.

Bagi merealisasikan impian untuk memiliki rak televisyen di bahagian ruang bilik utama, Azma telah menempah rak tersebut dengan seorang tukang kayu. Mujur juga tukang kayu tersebut faham dengan hasil lakaran yang dibuat oleh Azma.

“Alhamdulillah selepas memberitahu dan menunjukkan hasil lakaran yang saya buat kepada tukang kayu, beliau sanggup membuatkan rak televisyen tersebut mengikut keluasan terhad bilik.

“Dengan kos lebih RM2,000 termasuk kos tambang lori kerana lokasi yang jauh, akhirnya saya dapat memiliki rak televisyen seperti yang diinginkan. Memang menjadikan kebiasaan perabot yang ditempah harganya lebih mahal berbanding perabot yang sudah siap,” katanya.

Baca juga: Ambil kira saiz ruang, warna perabot, langsir, jubin sebelum cat rumah kita. Jangan sembarangan

Walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang sedikit tinggi untuk mendapatkan rak televisyen impian di bilik tidur utamanya, Azma tidak kisah. Beliau amat berpuas hati dengan hasil reka ciptanya sendiri.

Ada banyak cara untuk kita menghias deko rumah yang kecil tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. pilihannya terletak di tangan anda. Paling penting, biar sedap mata memandang setiap kali pulang selepas penat bekerja. Apabila rumah tersusun cantik, hati kita pun tenang dan senang.

Tugas mendekorasi rumah memang mencabar, apatah lagi jika ruang kediaman terhad. Pada masa sama, kita pula teringin letak pelbagai jenis perabot dan perhiasan idaman. Bagaimana caranya supaya rumah yang sempit nampak luas?

Berikut dikongsikan tip menghias kediaman yang terhad keluasannya.

– Suai padan perabot yang anda ada. Elak menambah perabot.

– Perabot, kemasan, dan aksesori hiasan harus seimbang dan harmoni.

– Pilih warna putih atau krim untuk memberikan kesan ruang yang lebih luas.

– Pilih perabot yang tahan lama dan berpatutan harganya. Banyak barang atau perhiasan murah tetapi kelihatan mahal dan mewah.

– Gunakan cermin hiasan pada dinding untuk memberikan kesan ruang yang nampak lebih luas.

Baca juga: [VIDEO] Buat majlis kahwin di dalam reban ayam, hasil dekorasinya buat orang ramai terpegun. Sebiji macam istana!

Sumber: Azma Affandi

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

8 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

11 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

14 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

16 hours ago

42 tahun bergelar ibu tunggal, wanita ini bertemu jodoh semula di usia 78 tahun. ‘Dulu pergi masjid seorang, kini berteman’

KALAU sudah jodoh, memang takkan ke mana. Demikian perumpamaan yang sesuai diungkapkan buat wanita bergelar…

16 hours ago