Nafas berbau adalah petanda boleh dapat penyakit bahaya, ini yang ramai wajib tahu

A
A
A

MULUT berbau sememangnya tidak menyenangkan.

Selalunya kita sedar masalah itu berlaku ke atas orang lain, tanpa disedari ia juga melanda diri sendiri.

Bila hal itu berlaku, ia sekali gus akan membuatkan kita malu dan rasa rendah.

Paling menakutkan, ia sebenarnya menjadi petanda tercetusnya penyakit kronik.

Duke Al Durham

Penyanyi rap antarabangsa dari South Wales, Duke Al Durham baru-baru ini berkongsi tentang itu.

Walaupun merupakan seorang yang aktif dalam sukan ragbi dan olahraga, Durham pernah dibelenggu oleh beberapa siri masalah kesihatan.

Lapor Mail Online, selebriti itu pernah mengalami mulut kering, kerap dahaga, letih dan dijangkiti kulat.

Selain itu, beliau juga berdepan dengan gejala yang memalukan iaitu nafas berbau. Peliknya, nafas itu berbau manis.

Sebenarnya itu adalah salah satu petanda diabetes jenis 1 iaitu penyakit autoimun yang mempengaruhi kira-kira 400,000 orang di United Kingdom.

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Bimbang dengan maklumat yang diperoleh, Durham segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

Penyanyi tersebut terpaksa mendapatkan suntikan insulin pada setiap hari bagi memulihkan aras gula dalam darahnya.

Baca juga: 6 faktor mulut berbau yang perlu dielakkan

SUMBER Monstera Production daripada PEXELS.

PENYEBAB

Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital The Lister, Dr Adam Frosh berkata, masalah mulut berbau adalah berpunca daripada asid refluks.

Injap yang rosak mengakibatkan asid perut bocor dan masuk semula ke dalam esofagus.

Kata Dr Frosh, bau busuk juga boleh terhasil daripada nafas pesakit yang mengalami penyakit hati sirosis dan hati berparut.

Ia lazimnya berkait dengan pengambilan alkohol yang terlalu banyak.

SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

“Terdapat banyak lagi punca mulut berbau, namun situasi kronik memerlukan pesakit untuk segera mendapatkan pemeriksaan.

“Segera bertemu dengan doktor gigi dan pakar telinga, hidung dan tekak kerana ia boleh menandakan penyakit serius,” katanya.

Baca juga: Mulut berbau ketika berpuasa? Berikut 6 tip yang dikongsikan doktor

KEBERSIHAN MULUT

Dalam pada itu, Cleveland Clinic memberitahu, kebersihan mulut adalah faktor paling biasa dikaitkan.

“Mulut yang tidak dibersihkan dengan betul boleh mengundang bakteria berbahaya dan membiak di luar kawalan.

“Situasi tersebut boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan mulut seperti kaviti dan penyakit gusi,” ujarnya.

Namun begitu, mulut berbau juga boleh terjadi disebabkan oleh beberapa keadaan lain.

Baca juga: Jika tak mahu mulut berbau petai, boleh cuba kunyah terung

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Berikut antara punca lain mulut seseorang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan:

1. Mulut kering

2. Kanser kepala atau leher

3. Tonsil

4. Penyakit gusi

5. Jangkitan pada hidung, kerongkong dan paru-paru

6. Penyakit buah pinggang

7. Sindrom Sjögren’s (penyakit autoimun yang boleh menyebabkan sakit otot dan kekeringan mata, kulit dan mulut).

Nampaknya, masalah mulut berbau tidak boleh dipandang ringan.

Segera dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya anda ditegur mengalami nafas yang tidak menyenangkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca