KERABU antara menu yang menjadi kesukaan ramai tidak mengira lapisan kaum. Di Semenanjung Malaysia, antara kerabu yang paling mendapat banyak permintaan ialah kerabu kerang, mangga, sotong atau kaki ayam.

Rakyat di negeri Sarawak juga menggemari menu itu. Namun, di sana, mereka menggelarkannya sebagai umai yang terkenal dalam kalangan etnik Melanau.

Satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu, umai turut dikenali sebagai sushi Sarawak.

Salah salah seorang pembikin menu itu, Kartini Sulaiman menyifatkan umai merupakan sajian yang sangat mudah untuk dibuat.

“Anak-anak kecil pun boleh lakukan jika ada udang atau ikan, limau nipis, bawang merah dan cili padi. Bahan asas itu sudah cukup. Campurkan saja kesemua rencah dan perap untuk seketika,” ujar ibu kepada tiga orang anak itu.

Pun demikian, penduduk di Bumi Kenyalang paling menggemari obor-obor untuk menghasilkan kulinari tradisi itu. Namun, dengan adanya udang dan ikan, ia sudah memadai.

Baca juga: Cara mudah buat Sushi Ikut ‘Tekak Melayu’

Mengenai jenis ikan pula, paling sesuai ialah ikan tenggiri, empirang atau bawal putih kerana kurang berbau hanyir.

“Lagi segar ikan, lagi bagus kerana ia akan menaikkan rasa, selain enak dimakan dengan nasi panas,” ujarnya.

Untuk menghasilkan sushi Sarawak yang sempurna, ia perlu dilakukan secara tersusun, kata Kartini.

 

Tidak kira sama ada udang, ikan atau obor-obor yang dipilih, pastikan dihiris halus dan diperap bersama dengan jus limau kasturi bagi menghilangkan bau.

Baca juga: Inovasi pasangan suami isteri ini buat lemang sushi inti rendang, durian D24 memang luar biasa

“Penggunaan air perahan limau akan menjadikannya masak dengan sendirinya. Selepas itu, barulah dicampur dengan bahan-bahan lain seperti bawang, tomato, garam, gula dan lain-lain. Jika mahu pedas, boleh campurkan hirisan cili.

“Apabila adunan sudah dikacau sebati, kombinasi rasa pedas, masam, masin dan sedikit manis sudah menunjukkan umai atau sushi Sarawak sudah sedia untuk dihidangkan,” katanya. -SITI FARAH ELIANI SOLLEH

Iklan

Baca juga: Resipi Sushi Ayam Teriyaki, mudah dan ringkas. Buat sendiri baru puas hati

SUMBER Elle Hughes daripada PEXELS.

RESIPI UMAI UDANG

Bahan-bahan:
10 ekor udang saiz sederhana [BELI DI SINI] / ikan tenggiri [BELI DI SINI]
1/2 biji bawang besar (hiris halus) [BELI DI SINI]
2 biji bawang merah (hiris halus) [BELI DI SINI]
4 biji cili padi hijau atau merah (hiris halus)
1/2 biji tomato (dipotong nipis) [BELI DI SINI]
5 biji limau kasturi (dijadikan jus) [BELI DI SINI]
Sedikit garam [BELI DI SINI] dan gula [BELI DI SINI]
Sedikit hirisan daun sup /daun ketumbar dan serai [BELI DI SINI]

SUMBER Tima Miroshnichenko daripada PEXELS.

Bahan-bahan lain (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih [BELI DI SINI]
2 biji cili padi hijau
1 biji cili merah besar
1 inci halia [BELI DI SINI]

Cara penyediaannya:

Iklan
  1. Udang dikupas kulit, dibelah belakang dan buang uratnya.
  2. Kemudian, cuci udang tersebut dan dihiris menjadi dua bahagian.
  3. Selepas itu, gaul dengan sedikit garam dan jus limau kasturi lalu dibiarkan seketika.
  4. Seusai itu, gaul udang tadi dengan bahan-bahan B yang telah ditumbuk lumat dan beberapa bahan-bahan selebihnya.
  5. Gaul rata dan perap selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  6. Setelah udang bertukar menjadi warna putih, menu itu siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber Kartini Sulaiman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang