Nasi Daging Utara sedap dan mudah, aromanya membangkitkan selera

A
A
A

NASI Daging adalah antara menu jenis ‘one pot’ yang mudah disediakan.

Bagi suri rumah yang kesuntukan masa bolehlah menyediakannya sebagai menu iftar. Bagaimanapun seeloknya daging direbus awal agar masa memasak dapat disingkatkan.

Nasi Daging dipercayai berasal dari Kedah dan popular di sekitar utara tanah air.

Kelazatan menu ini terletak pada air asam dan cara penyediaannya.

Daging direbus dengan sedikit garam sehingga daging lembut manakala nasi yang wangi beraroma minyak sapi mampu menggugat selera.

Perkongsian Nasi Daging Utara oleh pengguna Facebook Norzy Yusuff boleh dijadikan panduan bagi anda yang mungkin ingin menyediakan hidangan ini sebagai menu iftar.

“Kali pertama mencuba terus jatuh cinta. Sedap sangat Nasi Daging Utara. Dagingnya lembut, nasinya pun elok. Boleh ulang lagi resipi ini,” katanya.

Baca juga: Sedapnya Nasi Arab Buat Berbuka, Cuba Buat Sendiri Pasti Lagi Berbaloi

NASI DAGING UTARA

BAHAN UTAMA

Daging direbus empuk - ketepikan

Beras basmati 3 pot (direndam 30 minit)

BAHAN TUMISAN

2 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak

2 biji bawang besar *

6 ulas bawang Putih *

3 inci halia*

(Bahan bertanda *dimayang halus bahan)

Rempah empat sekawan ( kulit kayu manis/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga)

2 sudu makan rempah kurma

2 helai daun pandan

2 biji tomato

3/4 tin susu cair

3/4 sudu garam

Sedikit serbuk rasa

Air rebusan daging

Daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN

1.Tumiskan Rempah empat, bahan bertanda* yang telah dimayang.

2.Kemudian masukkan daun pandan dan rempah kurma. Pastikan garing.

3.Masuk air rebusan sebanyak 4 1/2 pot yang sama digunakan untuk menyukat beras bersama susu cair.

4.Didihkan sebentar kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan tomato.

5.Toskan beras basmati dan masukkan ke periuk nasi.

6.Kemudian masukkan tumisan dan daging yang sudah direbus empuk.

7.Akhir sekali apabila nasi sudah masak, masukkan daun ketumbar. Nasi akan menjadi gebu dan wangi.

Baca juga: Puding Mangga jadi rebutan bulan Ramadan, kombinasi 3 lapisan mengasyikkan

TIP MEMASAK NASI DAGING

-Elakkan mengacau nasi ketika sedang masak untuk mengelakkan beras patah.

-Sekiranya mahu nasi yang berderai kurangkan setengah pot air rebusan daging.

AIR ASAM KERISIK BAWANG

BAHAN-BAHAN

2 biji bawang besar

2 biji tomato

10 biji cilipadi

1 mangkuk air asam jawa

3 sudu kerisik

Belacan bakar

Garam

Gula

Bahan perasa

CARA PENYEDIAAN

1.Gaulkan kesemua bahan air asam.

2.Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Selamat mencuba!

Baca juga: Udang Khamped Sedap, Padu. Sajian Thai Yang Wajib Cuba

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca