Nasi uduk versi nasi lemak Malaysia, pilihan sambal pedas tahap dewa bikin selera makan bertambah
SEJAK kebelakangan ni, banyak posting nasi uduk lalu-lalang dekat wall di media sosial.
Sekali pandang, tak ubah seperti nasi lemak sebab berasnya ditanak bersama santan pekat dan herba tertentu.
Cuma pengisian side dish agak unik kerana dilengkapi kepingan tempe dan ayam goreng, hirisan timun segar dan sos kacang pedas.
Kalau di lain-lain tempat, ia disajikan bersama telur, tauhu dan bihun goreng.
Lagi sedap jika digandingkan dengan sambal ala ayam geprek pedas tahap dewa. Boleh dikatakan satu gabungan yang cukup ngam!
Bagi kalian yang belum tahu apa itu nasi uduk, makanan popular dari Indonesia tersebut sebenarnya sudah menjadi viral di negara kita.
Kalau pernah melancong ke Jakarta, hidangan tersebut menjadi pilihan sarapan pagi kerana harganya berbaloi dengan porsi yang dijual.
Populariti nasi uduk memang tak disangkal lagi apabila diangkat menjadi menu di premis rangkaian restoran makanan segera di Indonesia.
Bagi anda yang ingin cuba merasai masakan tersebut, tak perlulah nak terbang jauh ke Tanah Seberang.
Ini kerana, masakan tradisi masyarakat Betawi itu nampaknya sudah banyak dijual di premis makanan warisan Nusantara di ibu kota seluruh negara.
Jadi, apa tunggu lagi? Kalian bolehlah pertimbangkan destinasi makan-makan yang ramai kongsikan di TikTok seperti berikut:
Ayam Geprek D’Pokyeh
Alamat: 5, Jalan Semarak Api 1, Off Jalan Gombak, Diamond Square, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11 pagi hingga 9.30 malam
Menu signatur: Nasi uduk dan Nasi Daun Jeruk Ayam Geprek
Facebook: AYAM Geprek D'Pokyeh
Instagram: @ayamgeprekdpokyeh
Wartek
Alamat: Ara Permata, 3, Jalan PJU 1A/42A, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 9.30 malam
Menu signatur: Nasi uduk dan Nasi Bebek Madura
Instagram: @wartek_ara
Kopi Lain Hati
Alamat: 126-G-3A, 126 Metro Genting Klang, Jalan Genting Kelang, Setapak, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9 pagi hingga 9.30 malam
Facebook: Kopi Lain Hati Malaysia
Instagram: @lainhatimy
Mampir Lagi
Alamat: No 40, Jalan Pingai Taman Pelangi, Johor Bahru
Waktu operasi: 11 pagi hingga 9 malam
Facebook: Mampir Lagi
Instagram: @mampir_lagi
Warteg Ipoh
Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 12 malam
Menu signatur: Nasi uduk
Facebook: Warteg Ipoh
Instagram: @wartegipoh
Baca juga Nasi ambang enak di Warung Ketupat Air Tangan Ibu, lebih 50 lauk buat ramai rambang mata!
Kalau tak mahu pergi jauh, boleh usha area Lembah Klang sebab banyak juga premis yang menawarkan menu sama di kedai yang menjual nasi padang atau ayam geprek.
Jika kalian ada port lagi best, bolehlah kongsikan info ringkas di ruang komen kami.
Okey! Selamat menjamu selera.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang