Pakaikan si bulus dengan baju kebaya, kurta dan songket pada pagi raya. Koleksi DD Cat X Anna Jobling memang tersendiri
Pakaikan si bulus dengan baju kebaya, kurta dan songket pada pagi raya. Koleksi DD Cat X Anna Jobling memang tersendiri
KEPADA pencinta kucing, suasana Aidilfitri mereka selalunya akan lebih meriah jika si bulus kesayangan turut memakai baju sedondon.
Bayangkan kalau segerombolan kucing memakai busana sepadan, pasti entri dalam Instagram mahupun TikTok pantas menambat perhatian dan mungkin akan viral sekelip mata.
Apa kata, untuk memberi kelainan pada tahun ini, anda menggayakan si bulus dengan baju kebaya, baju Melayu berserta songket, baju kurung dan kurta.
Tidak usah pening mencari semua stail itu kerana ia boleh didapati terus menerusi platform DD Cat.
DD Cat merupakan jenama pakaian kucing baru-baru ini memperkenalkan koleksi Baju Raya Kucing DD Cat bersempena sambutan Hari Raya 2023.
Berkolaboratif bersama Anna Jobling, pelakon terkenal tanah air itu bersama pereka dan pasukan DD Cat memerah idea menghasilkan empat jenis fesyen iaitu baju Melayu simba, kurta Muezza, baju kurung Bella dan baju kebaya Luna.
Anna ketika ditemui berkata, secara keseluruhannya terdapat enam rona menarik iaitu maroon, mustard, emerald green, baby blue, ungu dan merah jambu dengan saiz bermula S hingga XL.
"Anna menganggap kucing-kucing Anna bukan sekadar haiwan peliharaan semata-mata, tetapi 'mereka' adalah sebahagian daripada keluarga Anna. Justeru, masa Syawal nanti, bukan sahaja Anna yang mahu kelihatan cantik, tetapi kucing-kucing Anna pun kena ada gaya.
Apa yang Anna boleh katakan, koleksi ini memang unik dan bakal menjadi rebutan kerana setiap pakaian menggunakan fabrik kapas yang berkualiti tinggi, selesa dan memiliki pengudaraan baik untuk si bulus," katanya ketika ditemui di Coo&RIKU Lalaport Pet Shop, Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut dihadiri pengasas, DD Cat, Shawn Amer.
Ujar heroin Melur Untuk Firdaus 2 itu, seekor kucing yang mahu disarungkan pakaian perlu menggunakan fabrik yang elok bagi mengelakkan masalah kerengsaan.
"Anna sendiri ada banyak pengalaman dengan kucing, jadi Anna dah tahu apa material yang sesuai agar si bulus 'tak cepat keluar' ketika dipakaikan baju. Anna dah cuba koleksi DD Cat, ternyata ia memberi keselesaan yang maksimum kepada 'mereka'," katanya.
Sebelum sidang akhbar berlangsung, beberapa ekor kucing diperagakan dengan himpunan berkenaan.
BACA JUGA: Mengiau tak henti bukan hanya minta makan, ini 5 benda si bulus mahukan
BACA JUGA: 4 destinasi tarikan si bulus, pengunjung siap boleh sumbang dana untuk keperluan kucing memerlukan
Bukan sahaja kelihatan sangat kondusif, malah penggunaan songket bunga penuh dan seni halus batik yang dipakai si bulus menjadi perbualan.
"Ya, songket dan batik memang jarang nampak disarungkan pada kucing. Kalau kita sendiri yang pakai tentu nampak cantik, kalau 'mereka' pastinya lebih cute," katanya yang merupakan peminat kucing tegar.
Dalam pada itu, ujar Anna, sebanyak 20,000 unit baju raya kucing telah dikeluarkan untuk fasa pertama.
Besar kemungkinan angka itu akan bertambah jika mendapat permintaan yang luar biasa," ungkapnya sambil memberitahu DD Cat bakal menjual aksesori lain khas untuk kucing seperti sabun, syampu, rawatan kaki dan lain-lain.
Kata Anna, kolaboratifnya bersama dengan DD Cat bukan sekadar untuk meraih keuntungan semata-mata.
Ini kerana separuh hasil jualan akan dikongsikan bersama.
"Insya-ALLAH, kita akan agihkan (keuntungan) kepada 10 pusat perlindungan haiwan nanti," tuturnya.
Kepada satu soalan, Anna berkata, beliau bercita-cita untuk membeli sebidang tanah bagi membina sebuah rumah jagaan yang melindungi kucing terbiar.
Impian itu sejajar dengan sifat semula jadinya yang kasih, prihatin dan empati terhadap haiwan.
BACA JUGA: Pertama kali ditemui, kucing ‘rare’ berbulu gebu diami Gunung Everest, 15 info menarik
BACA JUGA: Unik, rare! Venus kucing chimera bermuka dua miliki 2.2 juta follower di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang