PELANCARAN Honda CR-V Serba Baharu semalam mencuri tumpuan ramai apabila model tersebut ditawarkan pada harga istimewa hanya RM157,900 sahaja.

Tawaran berkenaan hanya terbuka kepada tempahan 750 unit pertama varian S sempena ulang tahun ke-75 Honda dan 20 tahun pengeluaran tempatan (CKD) model CR-V di Malaysia.

Kalian boleh jimat sehingga RM2,000 jika dibandingkan harga sebenar untuk jentera itu iaitu RM159,900. Menarik, kan?

Honda turut mengumumkan harga kenderaan utiliti sukan (SUV) varian E pada harga atas jalan tanpa insurans RM169,900 manakala varian V pula RM181,900.

Honda CR-V Serba Baharu

Untuk varian e:HEV RS yang merupakan model paling ditunggu-tunggu, harganya bagaimanapun masih lagi misteri.

Ini kerana pengumuman rasmi daripada Honda Malaysia dijangka akan dibuat menjelang awal tahun depan.

Honda CR-V Serba Baharu

Mengulas lanjut mengenai pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, pengenalan model serba baharu tersebut bersesuaian dengan trend pasaran terkini.

“Untuk tiga suku pertama tahun 2023, penjualan CR-V menunjukkan graf positif dengan pertumbuhan sebanyak 10 peratus berbanding peratusan pada tahun terdahulu.

 

“CR-V kekal menjadi pilihan nombor satu dalam segmen SUV bukan nasional bersaiz sederhana di Malaysia sekali gus mendorong kami membuat lonjakan luar biasa dalam segmen tersebut,” katanya.

Honda CR-V Serba Baharu

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif turut memberitahu, sebanyak lebih 2,000 tempahan CR-V Serba Baharu telah diterima dalam tempoh sebulan.

Selesa & Lebih Sporty

Pengenalan Honda CR-V Generasi Baharu tersebut mendefinisikan semula teknologi serba canggih, keselesaan dan sofistikated dalam sebuah jentera SUV.

Honda CR-V Serba Baharu

Antara ciri-ciri baharu yang menjadi tarikan anak muda adalah sistem audio premium Bose yang didatangkan bersama 12 pembesar suara, paparan pandu dan kad kunci pintar.

Berikut antara lain spesifikasi Honda CR-V Serba Baharu yang wajib kalian tahu:

i) Enjin e:HEV 2.0L menjadi tonggak CR-V Serba Baharu varian RS, yang menghasilkan tork sehingga 335Nm dan kuasa maksimum 184PS.

Honda CR-V Serba Baharu
ii) Digandingkan dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan Elektrik (e:CVT) dalam kerangka baharu.
iii) Varian S, E atau V didatangkan dengan enjin berprestasi tinggi 1.5L VTEC Turbo yang mencapai kuasa maksimum 193PS dan tork maksimum 243Nm.

Baca juga Tempahan untuk CR-V Serba Baharu sudah dibuka, Honda tampilkan varian premium e:HEV RS lebih stailo & high-end

Honda CR-V Serba BaharuHonda CR-V Serba BaharuHonda CR-V Serba Baharu
iv) Varian V didatangkan secara eksklusif dengan Real Time AWD dengan pembahagian kuasa antara pemanduan depan dan belakang ditambah baik untuk kendalian lebih stabil.

Iklan

Honda CR-V Serba Baharu
v) Varian S, E dan e:HEV RS lebih besar dan lebar berbanding generasi terdahulu dengan panjang 4,691 milimeter (mm), lebar 1,866mm, tinggi 1,681mm dan jarak roda 2,701mm.

Baca juga Wow! Honda City Baharu tawar 5 varian. Tampil dengan edisi Petrol & e:HEV RS

Untuk nampak lebih sporty dan bergaya, gril depan didatangkan dengan corak mesh tebal, selain kemasan krom tailpipe chrome finisher pada bahagian ekzos.

Honda CR-V Serba Baharu

Part lampu pula memang lawa dengan kemasan Full LED Headlights, Tail-Lights pada bahagian hadapan dan belakang, lampu isyarat LED sequential serta lampu belok aktif.

Honda CR-V Serba Baharu

Antara kelebihan lain, CR-V Serba Baharu juga didatangkan dengan sistem Honda SENSING yang dinaik taraf dengan Wide-Angle Radar, Kamera dan Sensor Sonar untuk ciri keselamatan pada tahap optimum.

Iklan

Honda CR-V Serba Baharu

Terdapat lima pilihan rona dinamik yang boleh anda pilih iaitu Canyon River Blue, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Meteoroid Gray Metallic dan Ignite Red Metallic.

Untuk info lanjut, layari www.honda.com.my atau berkunjung terus ke 101 pengedar sah Honda di seluruh negara.

Honda CR-V Serba Baharu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang