10 lokasi eco-tourism yang menarik

eco-tourism
eco-tourism
A
A
A

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan alam semulajadi. Terdapat pelbagai lokasi menarik buat pencinta alam. Berikut adalah lokasi yang wajib anda kunjungi untuk menikmati bunyi kicauan burung dan simfoni alam.

1. Gunung Ledang

1

Jangan lepaskan peluang ke sebuah tempat menjadi bualan orang ramai dan juga pelancong asing iaitu Gunung Ledang di Tangkak, Johor.

Dengan ketinggian 1,276 meter, ia merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Gunung Ledang mempunyai keistimewaan sendiri yang perlu diterokai.

Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini.

2. Tasik Kenyir, Terengganu

Tasik-Kenyir

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.

Tasik ini seluas 260 km persegi dan terdapat pelbagai tarikan antaranya gua, taman herba, santuari kelah dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini antaranya jungle tracking, berkemah, bermandi dengan ikan kelah, memancing dan banyak lagi.

Tasik Kenyir turut terkenal dalam kalangan kaki pancing. Anda perlu menyewa rumah bot sebelum dibawa ke kawasan lubuk ikan yang pasti menjanjikan kepuasan buat kaki pancing.

3. Taman Eco Rimba, Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba

Hutan simpan ini merupakan satu-satunya destinasi hutan semulajadi yang boleh anda kunjungi di Kuala Lumpur. Anda akan dipayungi pokok-pokok hijau yang rimbun meninggi.

Terdapat trek jalan kaki dan juga canopy walk untuk kemudahan pengunjung bergerak menikmati keindahan alam dari sudut yang tinggi.

Taman Eco Rimba ini juga mempunyai tarikan lain seperti taman herba, taman orkid dan denai hutan yang menarik untuk dikunjungi.

4. Lata Berkoh, Pahang

Lata Berkoh

Pahang memang terkenal dengan tarikan alam semulajadi iaitu Taman Negara. Hutan simpan yang terbesar di Semenanjung Malaysia ini memiliki flora dan fauna yang berusia lebih 150 juta tahun yang pasti akan membuatkan pelancong terpukau dengan keindahannya.

Paling menarik lokasi air terjunnya yang sangat adventure dan best! Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki bot lebih kurang 45 minit dari jeti Taman Negara.

Anda akan dibawa menyelusuri Sungai Tahan yang menjanjikan pemandangan yang cukup indah.

5. Taman Rekreasi Gunung Lang, Perak

Gunung Lang

Taman rekreasi yang terletak di Ipoh, Perak, ini mempunyai tarikan tersendiri. Dengan harga tiket RM3, anda akan dibawa menaiki bot untuk menikmati keindahan Gunung Lang.

Dengan kehijauan pulau yang kelihatan dari jauh, ia turut dipenuhi dengan spesies bunga ditanam seperti heliconia (sepit udang), musa (pisang) dan bougainvillea (bunga kertas).

6. Kuala Selangor Nature Park, Selangor

Nature Park

Pelbagai spesies flora dan fauna terdapat di Kuala Selangor Nature Park. Dengan keluasan 200 hektar, sebahagian besar daripada kawasan ini merupakan hutan paya bakau.

Salah satu aktiviti menarik ialah memerhati burung. Difahamkan, terdapat lebih 150 spesies burung yang boleh dilihat terbang bebas di sekitar taman ini.

7. Kilim Geoforest Park, Langkawi

Kilim Geoforest Park

Kilim Geoforest Park ini meliputi kawasan 100 kilometer persegi di Langkawi adalah rizab alam semula jadi dan penuh flora dan fauna yang menakjubkan, dan pembentukan geologi seperti raksasa batuan batu kapur, fosil, gua, lagun, pantai dan pemandangan laut.

Antara lokasi yang menjadi tarikan adalah Gua Kelawar, Gua Buaya, Rumah Terapung dan kawasan Eagle Feeding.

8. Taman Negara Kuala Koh, Kelantan

Taman Negara Kuala Koh

Taman Negara Kuala Koh terletak di Gua Musang, Kelantan bersempadan tiga negeri iaitu Kelantan, Pahang, dan Terengganu.

Keunikan dan keindahan flora dan faunanya menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan serta penyelidikan.

Terdapat lebih 300 spesis burung di sini. Anda juga boleh mencuba aktiviti merentas hutan, berkayak, menaiki titian kanopi, dan perkhemahan.

9. Maliau Basin, Sabah

Maliau Basin

Kalau anda melancong ke Sabah, jangan lupa melawat Maliau Basin yang terkenal sebagai The Lost World of Sabah. Ini kerana tempat ini kaya dengan khazanah alam yang sangat cantik dan dianggarkan berusia berjuta tahun.

Terdapat 12 jenis hutan di sini dan ada satu kawasan hutan yang dipanggil Mossey Forest kerana anda akan berada dalam hutan ‘Alice in Wonderland’, seperti filem Hollywood.

10. Taman Negara Similajau, Sarawak

Taman Negara Similajau

Taman Negara Similajau yang terletak di Bintulu ini meliputi kawasan seluas 7,064 hektar hutan dara tepi pantai, bermula dari Sungai Likau di selatan hingga ke Sungai Similajau di utara.

Merentangi sepanjang 30km, ia penuh dengan flora dan fauna dan menjanjikan pengalaman menarik menjelajah berbatu-batu pantai kosong.

Fauna di taman ini mempunyai 24 spesis mamalia seperti ungka, langur berbelang dan kera ekor panjang.

Taman Negara ini juga telah merekodkan 230 spesis burung termasuk burung kenyalang dan burung-burung air yang berhijrah seperti Storms Stork.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca