'Thank you ALLAH, syurgaku duniaku.' Ella Aminuddin rai birthday anak, foto keluarga jadi perhatian. Semakin besar, seiras bapa...
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/thumbs/900x900/3003580.jpg)
RATU rock Ella Aminuddin baru-baru ini berkongsi foto meraikan ulang tahun kelahiran anak angkat perempuannya, Shanome Az Zahra.
Memuat naik gambar bersama suami, Azhar Husaini Ghazali dan anak, pelantun lagu Permata Biru dan Sepi Sekuntum Mawar Merah itu sempat berkongsi doa pendek yang cukup bermakna buat puteri kesayangannya itu.
"Alhamdulillah. Thank you ALLAH. Syurgaku duniaku.
"Happy birthday Shanome. Moga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat. We love you!," kongsinya.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/3003583.jpg)
Artikel berkaitan:
- Umpama bulan madu kedua, Ella kongsi pengalaman haji. 'Panasnya matahari sewaktu wukuf di Arafah, jenazah bersusun di pinggir jalan'
- Ella kongsi gambar sekeluarga, wajah anak perempuan dipuji seiras Kapten Azhar. 'Sekejap dah besar. Sweet girl, muka ayah'
- Legenda rock Amy Search, Ella Aminuddin selamat bergelar haji dan hajah
Hantaran pemilik nama Nor Zila Aminuddin itu menerima titipan doa daripada para peminat.
Rata-rata mengucapkan selamat hari lahir dan tidak kurang juga mengakui wajah Shanome semakin seiras bapa.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/3003581.jpg)
"Alhamdullilah semakin lawa Shanome. Semoga menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat, anak yang menyenangkan ibubapa. Cantik macam ibunya @ellaaminuddins."
"Happy birthday Shanome, princess solehah."
"Semakin besar, seiras bapa. Happy birthday Shanome."
"Tup-tup sudah besar. Manisnya Shanome, seiras Kapten Azhar sangat. Rezeki anak ini. Nama dia unik."
"Shanome ikut muka papanya ya."
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/11/3003582.jpg)
"Masya-ALLAH apabila besar muka macam daddy. Moga Shanome terus sihat dalam lindungan ALLAH."
"Sejuk tengok, muka ayahnya."
"Anak bapa, photocopy."
Figura 56 tahun itu terdahulu pernah berkongsi mengambil si kecil itu sebagai anak angkat pada tahun 2019 ketika berusia dua tahun.
Sekadar info, Ella dan Azhar berkahwin pada Julai 2012.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang