TAK kurang ramai yang mengadu, pemakaian pelitup muka menyebabkan mereka mengalami kesukaran bernafas terutama dalam kalangan warga emas.

Barangkali mengundang rasa ‘lemas’. Umum tahu disebabkan faktor usia, buat kerja sedikit pun nafas kadang sudah tercungap-cungap, apatah lagi dengan adanya ‘halangan’ disebabkan pelitup muka.

Sudah tentu keadaan ini agak mengganggu pernafasan bukan? Jadi apa yang perlu dilakukan? Mungkin perkongsian yang tular oleh doktor ini boleh dijadikan renungan:

Tidak terbayang kemudaratan

 

Ada yang mengadu SOP MKN yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam menyebabkan ada warga emas mengalami kesukaran bernafas. Naik biru muka sebab pakai pelitup muka.

Jika begitu, cuba sedaya upaya untuk tidak bawa warga emas yang mempunyai masalah begitu ke tempat awam. Individu sihat tidak sepatutnya alami kesesakan nafas jika pakai pelitup muka..

Jika pakai pelitup muka sudah menyebabkan warga emas itu kesukaran nafas, maka tidak terbayang kemudaratan yang dialaminya jika (moga Tuhan jauhi) terkena jangkitan Covid-19.

Virus SAR-CoV-2 (virus yang menyebabkan Covid-19) boleh menyebabkan kegagalan paru-paru untuk berfungsi sehingga sebahagian penghidap perlu disambungkan kepada mesin bantuan pernafasan.

Artikel berkaitan: “Elak sangkut di dagu, pakai dengan betul atau tanggal sahaja,” – Dr Noor Hisham

Iklan

Pernah lihat bagaimana mesin ventilasi dipasang pada pesakit? Sangat tidak selesa. Tiub dimasukkan ke dalam rongga mulut, kemudian lalu tekak, dan sampai ke dalam trakea(salur pernafasan).

Jadi, tak usahlah bawa sesiapa yang ada masalah pernafasan ke tempat awam yang sesak. Mereka sangat berisiko untuk terkena jangkitan Covid-19. Apatah lagi jika tak pakai pelitup muka.

Adakalanya, yang dianggap susah itulah yang menghindari tulah, dan yang disangka mudah itulah yang mengundang musibah. Jadi, timbanglah buruk baik sesuatu sebijaknya.

Iklan

Kita semua berada dalam situasi yang sukar, dan kita tidak mahu ia berterusan. Maka menjadi kita tugas kita semua untuk bersatu hati bagi memastikan kita boleh keluar dari kesukaran ini.

Semoga kita terus tabah menghadapi dugaan ini.

Kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan