JIKA isu bau klorin yang kuat atau bahan tercemar daripada air mandian masih menghantui anda, Penapis Pancuran Mandian Jolie antara peranti yang boleh membantu menyelesaikan masalah itu.
Laman web jolieskinco.com baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan fitur baharu tersebut yang direka khas untuk menapis kotoran walaupun dalam keadaan suhu panas atau bertekanan tinggi.
Jenama terkemuka itu dalam satu kenyataan menyebut, teknologi penapisan air pancuran yang diperkenalkan itu akan membersihkan air daripada sisa klorin atau logam berat untuk tempoh yang lama.
“Gajet yang popular di kamar mandi ini juga mempunyai pengiktirafan pensijilan penapisan air NSF-177 yang diuji secara bebas oleh pihak ketiga dan diperakui umum.
Baca juga Hirup udara segar, bersih dan sihat dengan siri Penapis Udara HeroPro dan HeroMini Nesh yang efisien
“Selain itu, reka bentuk produk yang minimalis juga sesuai dijadikan aksesori tambahan di bilik mandi.
“Paling penting, Penapis Pancuran Mandian Jolie sudah diuji dari segi ketahanan dan antikarat,” kata kenyataan itu.
Baca juga Inovasi paling trending musim wabak Covid-19, kenali 4 gajet kesihatan stailo, berteknologi tinggi
Produk mandian yang dikatakan antara terbaik dari New York, Amerika Syarikat itu dijual pada harga bermula RM677 dan boleh dibeli secara online.
Untuk maklumat lanjut, layari https://jolieskinco.com/.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi