PENINGKATAN jumlah pesakit COVID-19 sejak kebelakangan ini semakin membimbangkan.

Setakat semalam,  penularan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 432 kes, jumlah paling banyak direkodkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 12,813 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,336 kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri antara yang mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19.

Semakin meningkatnya kes, bebanan frontliner juga semakin bertambah tidak kira siang atau malam.

Sehubungan itu, dua pakar dari Universiti Sains Islam Malaysia menyarankan agar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti fasa pertama lalu yang hanya membenarkan sektor-sektor utama beroperasi harus dilaksanakan dengan segera.

 

[Pendapat] Kurung diri kembali di rumah, laksana PKP macam fasa pertama lalu
SEJAK kebelakangan ini, praktis penjarakkan sosial terutama di kawasan awam semakin tidak diendahkan. Ingat, virus Covid-19 masih menular dan berleluasa. Tidak mustahil, kawan-kawan atau jiran-jiran kita sendiri telah mendapat jangkitan walaupun mereka tidak menunjukkan tanda-tanda seperti demam, sakit tekak atau selsema.

Tambahan pula, kata Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani dan Pakar Mikrobiologi Klinikal, Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, USIM berkata, dalam suasana pasca pilihan raya Sabah yang diadakan ketika jumlah kes harian di negeri tersebut antara yang tertinggi, kawalan penyakit amat sukar dilakukan.

“Walaupun telah diumumkan individu yang baru pulang dari Sabah dikehendaki menjalani saringan COVID-19, individu-individu yang pulang sebelum itu tidak menjalani ujian ini dan berkemungkinan telah ada generasi kedua dan ketiga yang mendapat jangkitan,” kata mereka kepada SinarPlus.

 

[Pendapat] Kurung diri kembali di rumah, laksana PKP macam fasa pertama lalu

 

Ingat tak ketika masyarakat antarabangsa sering memuji kejayaan kita membendung penularan COVID-19 sehingga angka sifar atau satu digit sehari tidak lama dahulu.

Namun, disebabkan oleh kegagalan sesetengah pihak mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh meningkatkan risiko jangkitan seperti tidak mengekalkan jarak fizikal yang selamat, tidak mengamalkan pemakaian pelitup muka apabila berada di tempat awam dan tidak membersihkan tangan, ia bagaikan sudah tidak bermakna lagi.

Masakan tidak, kes Covid-19 naik mendadak terutama pada Sabtu lalu iaitu 317 dengan semuanya melibatkan kes tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 317 kes penularan, 303 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara.

Katanya, sebanyak 37 kes adalah pengunjung yang pulang dari Sabah dan ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September sebanyak 176 kes.

Iklan

Menurut Dr Mohd Dzulkhairi dan Dr Nurul Azmawati, saban hari, Majlis Keselamatan Negara melaporkan jumlah individu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan adalah dalam lingkungan 100 orang.

Artikel berkaitan: Cecair kumur antiseptik mampu bunuh virus influenza, korona-Pakar Mikrobiologi USIM

Artikel berkaitanDihalau kawan dari rumah, dipulau keluarga gara-gara buat ujian Covid-19-Mangsa

 

[Pendapat] Kurung diri kembali di rumah, laksana PKP macam fasa pertama lalu
SEMAKIN tinggi jangkita pandemik virus korona, bebanan frontliner juga semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Ini menunjukkan masih ada yang melakukan pelanggaran undang-undang walaupun telah diingatkan berkali-kali oleh pihak berwajib tentang pentingnya mengikut garispanduan yang sedia ada termasuk daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Iklan

Pada musim pandemik ini, diingatkan agar kita semua sentiasa curiga terhadap individu lain.

Tidak mustahil, kawan-kawan atau jiran-jiran kita sendiri telah mendapat jangkitan walaupun mereka tidak menunjukkan tanda-tanda seperti demam, sakit tekak atau selsema.

Elakkan berkumpul atau berbual kosong dengan rakan sekerja atau jiran-jiran. Cuci tangan dengan kerap dan sentiasa memakai pelitup muka apabila bertemu orang lain atau berada di tempat awam.

Keluar rumah hanya untuk ke tempat kerja atau menjalankan urusan penting. Tidak perlu membawa ahli keluarga apabila keluar untuk membeli barangan keperluan. Golongan berisiko tinggi seperti penghidap penyakit kronik termasuk darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis dinasihatkan untuk duduk di rumah dan mengelakkan diri daripada berjumpa orang lain,” tegas mereka.

Bagi membendung kadar jangkitan yang semakin tinggi, berikut saranan dua pakar berkenaan:

 

[Pendapat] Kurung diri kembali di rumah, laksana PKP macam fasa pertama lalu
AMALAN berkumur-kumur dengan cecair antiseptik dipercayai dapat membantu membendung penularan virus selain mendidik diri untuk terus berada di rumah jika tiada urusan penting.
  • Lakukan amalan berkumur apabila sampai dirumah dengan menggunakan cecair kumur antiseptik yang boleh di dapati di farmasi.
  • Ujian-ujian makmal menunjukkan bahawa kebanyakan cecair kumur antiseptik mampu membunuh virus penyebab COVID-19.
  • Pastikan anda berkumur dengan betul iaitu dengan mendongakkan kepala sedikit, dengan mengeluarkan bunyi ‘aah’ (atau seperti bunyi air menggelegak).
  • Amalan berkumur ini juga dipraktikkan di klinik-klinik pergigian di seluruh Malaysia pada musim pandemik ini bagi mencegah jangkitan di kalangan pesakit yang berkemungkinan merebak kepada kakitangan yang manjalankan rawatan.

Selamat mencuba, sama-sama kita doakan agar negara kita terus bebas daripada ancaman virus yang boleh membunuh banyak lagi nyawa.

Sumber gambar: Unsplash, Freepik, Sinar Harian, The Star & Bernama