Penyakit diabetes ganggu penglihatan pesakit. Salur darah retina, titik fokus mata boleh rosak

A
A
A

Penyakit diabetes ganggu penglihatan pesakit. Salur darah retina, titik fokus mata boleh rosak

BARANGKALI masih ramai yang tidak tahu bahawa komplikasi mata boleh terjadi disebabkan oleh penyakit diabetes.

Kondisi itu boleh merosakkan penglihatan mata seseorang dan berkemungkinan isu kesihatan tersebut tiada penyembuhan.

Untuk rekod, satu daripada lima rakyat Malaysia dikesan menderita diabetes pada tahun 2019 yang mana ia merupakan statistik tertinggi di Asia.

Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Retina Perubatan, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Tara Mary George berkata, diabetes boleh merosakkan salur darah pada retina dan titik fokus mata yang kritikal.

"Apabila terjadi, ia membawa kepada kerosakan dan kehilangan keupayaan untuk melihat yang tidak dapat dipulihkan," katanya sambil menambah, masalah katarak (mata kering) turut boleh tercetus.

Selain itu, ujar Dr Tara, retinopati diabetes tersenarai sebagai penyakit diabetes yang berupaya menjejaskan retina.

"Ini menimbulkan dua ancaman kepada penglihatan iaitu pendarahan dalaman retina atau tisu lembut ini membengkak yang dikenali sebagai pendarahan bola mata atau pendarahan vitreous dan Edema makula,” terangnya.

BACA JUGA: Jantung bengkak boleh sebabkan kegagalan jantung. Pesakit diabetes, hipertensi antara yang kena waspada

BACA JUGA: Pesakit diabetes kena dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa, elak risiko koma, sawan dan pengsan

Secara asasnya, Edema makula merujuk kepada pembengkakan pada bahagian tengah retina dan pendarahan vitreous yang melibatkan pendarahan dalam mata seperti gel.

 

Ia adalah dua komplikasi kritikal retinopati diabetes yang boleh mengancam penglihatan.

Mengulas lanjut, Dr Tara berkata, terdapat pelbagai pilihan rawatan. Antaranya menggunakan laser bagi kes pendarahan vitreous atau retinopati proliferatif yang teruk.

Diikuti dengan suntikan intra-vitreal termasuk agen anti-VEGF yang berkesan menangani bengkak dan pendarahan retina, terutamanya dalam diabetes Edema makula.

Terakhir adalah rawatan sistemik iaitu mengawal diabetes dan mengurus tekanan darah serta kolestrol.

Dengan kemajuan teknologi kini, penggunaan suntikan anti-VEGF telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, ujar Dr Tara.

“Pilihan rawatan bergantung kepada keadaan dan tahap keseriusan setiap individu. Daripada analisa tersebut, doktor akan memilih gabungan suntikan dan terapi laser bergantung kepada kesesuaian.”

“Maka dengan itu, buatlah pemeriksaan mata secara berkala. Ia adalah satu prosedur pantas dan tidak rumit yang boleh melindungi penglihatan anda. Pencegahan adalah kunci utama dalam mengelak komplikasi retinopati diabetes. Ingat, umur bukan faktor penentu," katanya.

Foto: CANVA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca