Percutian konsep kembali pada alam semula jadi, Lenggong wajib pergi

A
A
A

PERCUTIAN konsep kembali pada alam semula jadi merehatkan minda. Lenggong salah satu destinasi menghidangkan keindahan yang memberikan istirahat wajib pergi.

Lenggong yang terletak di Hulu Perak telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai lokasi bersejarah yang banyak menyimpan sejarah awal penempatan dan tamadun manusia. Lenggong juga menjadi tempat penemuan rangka Orang Perak yang berusia antara 10,000 hingga 11,000 tahun iaitu di Gua Gunung Runtuh.

Salah satu lokasi penginapan yang boleh dikunjungi ialah Kuak Hill Resort, Lenggong yang kurang 100 kilometer dari utara, Ipoh. Ia juga terletak berdekatan dengan Grik, Empangan Temenggor dan Tasik Banding.

Baca juga: Percutian 4 hari 3 malam di Surabaya, puas jalan-jalan dan bergambar, kos hanya RM1,990 seorang

Sesuai untuk anda yang ingin bercuti dalam suasana ketenangan di kelilingi alam semula jadi. Anda dapat melihat keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak.

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Ameera,  lokasi itu menyeronokkan.

“Nah inilah tempatnya, sangat tenang, sejuk dan mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota, terletak di atas bukit perkampungan Melayu di Lenggong. Alhamdullillah dapat juga menikmati keindahan di atas sini, sebab sebelum ini hanya tengok sahaja,” kata Ameera.

Jelas ibu muda ini lagi, siapa yang inginkan percutian yang tenang, tiada gangguan, lokasi ini menjanjikan kepuasan buat anda dan keluarga. Hanya bunyi kicauan burung dan bunyi alunan air bukit yang mengalir kedengaran.

Baca juga: 11 tahun menetap di Norway, wanita cerita pengalaman saksikan aurora di depan mata

Berikut catatan pengalaman Ameera sepanjang bercuti di Kuak Hill Resort, Lenggong.

1. Dari perkarangan tempat letak kereta, kita perlu naik ke atas. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit. Kereta perlu diletakkan di bawah memandangkan lokasi agak tinggi.

2.Apabila sudah sampai ke atas, kita akan disajikan dengan keindahan alam ciptaan ALLAH yang tidak terkata cantiknya.

3.Tersedia juga kafe di sini. Hati-hati ketika berjalan kerana laluan utama untuk naik dan turun agak curam. Tidak terasa penat berjalan bila melihat suasana hijau dan menyegarkan.

4. Ada zoo kecil juga di sini. Anak-anak pasti suka. Bagi ibu bapa pula jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini kerana banyak tempat menarik untuk merakamkan kenangan percutian.

5.Tersedia juga kenderaan pacuan empat roda untuk kemudahan bergerak ke sana sini.

6. Buat penggemar kopi, boleh minum kopi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

7. Wajib bila ke mana-mana bawa pulang cenderamata. Di sini juga ada disediakan pelbagai pilihan cenderamata yang terletak berhampiran meja pendaftaran.

8. Bilik untuk keluarga pun besar dan selesa.

9. Boleh mandi-manda di kolam mandi yang turut tersedia di sini. Air dari kolam mandi datangnya dari air bukit. Sejuknya sampai ketulang.

10. Di luar bilik boleh lepak santai sambil minum kopi cicah biskut.

11. Pada waktu malam pula boleh buat barbeku bersama keluarga.

Lokasi percutian ini bukan sahaja sesuai untuk keluarga tetapi juga untuk pasangan yang sedang berbulan madu. Pada waktu pagi pula, cuaca sejuk dan kabus tebal. Pasti rasa malas meninggalkan tempat tidur.

Sumber: Ameera

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca