Keanggunan abaya Arab bertemu tradisional Melayu, Fasha Sandha pilih untuk setia bersama ALFARO. Ini sebabnya!

No Image Caption
A
A
A

ALFARO, jenama fesyen yang semakin mendapat perhatian di Malaysia, baru-baru ini memperkenalkan koleksi terbarunya di sebuah pertunjukan fesyen eksklusif diadakan penuh kemeriahan di ibu kota.

Koleksi diinspirasikan oleh komitmen dalam menawarkan fabrik berkualiti tinggi yang bukan sahaja melambangkan

keperincian jahitan yang terbaik, tetapi juga mengutamakan reka bentuk yang penuh inovasi.

No Image Caption

Pertunjukan fesyen pertama Alfaro ini tampil dengan kelainan yang tersendiri. Pelakon terkenal tanah air, Fasha Sandha kekal sebagai wajah eksklusif jenama berkenaan untuk tahun ketiga.

Lebih Istimewa lagi, kemunculan ibu kepada tiga cahaya mata itu yang turun dari atas siling dan melakukan catwalk pertama di pentas peragaan menjadi pembuka tirai dalam memperkenalkan koleksi fesyen raya 2025 ALFARO.

Menerusi perkongsian beliau ketika ditemui pihak media baru-baru ini, aktres tinggi lampai itu melahirkan rasa syukur atas rezeki bersama label berkenaan.

No Image Caption

“Walaupun ada banyak tawaran lain namun saya memilih untuk kekal dengan Alfaro

“Bukan semata-mata kerana menjadi duta, tapi memang saya pakai baju ini sebab sukakan setiap perinciannya. Sebab itu saya masih setia dengan jenama ini.

“Sementelah, harganya juga tidak terlalu mahal dan ramai orang mampu untuk memilikinya. Kita bayar untuk sesuatu yang berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki,” ujar Fasha lagi.

No Image Caption

Sementara itu, pengasas ALFARO, Farooq Ahmad memberitahu, koleksi kali ini menggabungkan abaya Arab yang elegan dengan pakaian tradisional Melayu, menghasilkan satu padanan yang penuh gaya serta sentuhan moden.

“Keunikan koleksi ini dapat dilihat pada pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi dan ketelitian dalam setiap jahitan,” ujarnya.

Sebagai bukti kepada komitmennya terhadap kualiti, ALFARO juga baru sahaja dianugerahkan pengiktirafan ISO 9001 bagi pengurusan kualiti pada tahun lalu, satu pencapaian penting yang mengesahkan dedikasi mereka dalam memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi piawaian tertinggi.

Dalam koleksi Raya 2025, ALFARO telah memastikan rekaannya mampu memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur.

Koleksi tersebut menawarkan gaya yang lebih elegan untuk untuk semua serta pilihan pakaian yang inklusif untuk pelanggan dengan saiz lebih besar.

No Image Caption

Setiap reka bentuk disusun dengan tema yang konsisten, memastikan gabungan warna yang serasi serta reka bentuk yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan yang berbeza.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi ALFARO, Muhammad Irfan turut mengakui, terdapat beberapa inovasi dalam penggunaan fabrik dan teknik jahitan dalam koleksi Raya tahun ini.

“Fabrik yang digunakan adalah pilihan premium yang dipilih dengan teliti untuk memastikan kualiti yang terbaik.

“Di samping itu, teknik jahitan yang canggih dan

teliti digunakan oleh tukang jahit yang berkemahiran tinggi di luar negara, menghasilkan rekaan yang bukan sahaja menari tetapi juga tahan lama dan selesa dipakai,” jelasnya.

No Image Caption

Bagi memudahkan pelanggan mendapatkan koleksi ini, ALFARO menyediakan hampir 8 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh.

Pelanggan juga boleh membeli koleksi ini secara dalam talian dan laman rasmi jenama berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang