Sebak! Tular video Syafiq Kyle mohon restu ayah sebelum nikah. 'Patutlah Mimi sanggup tunggu dia'

No Image Caption
A
A
A

SEMALAM kita dihebahkan dengan majlis pernikahan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang berlangsung secara tertutup di Taiping, Perak.

Dalam majlis yang penuh kegembiraan itu, terselit momen menyentuh hati ketika Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak dilihat sedang memohon restu ayahnya yang berada di atas kerusi roda.

Video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok itu menarik perhatian dan menimbulkan kesedihan orang ramai apabila ayah kepada aktor berusia 33 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak.

No Image Caption



No Image Caption



Syafiq yang segak berbusana baju Melayu lengkap berona putih itu juga sempat menunduk hormat dan mengucup ayahanda tercinta sebelum majlis berlangsung.

No Image Caption



Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap pelakon yang terkenal dengan watak Iman dalam drama One Cent Thief itu yang menyantuni ayahnya dengan penuh kasih sayang.

Patutlah Mimi pun sanggup tunggu dia

Artikel Berkaitan:

Anak layan ayah macam ni auto kita tau mcm mana ayah dia layan anak

Patut laaa depa postpone banyak kali ya.. moga terus sihat pakcik..

Dah tau dah cara dia layan mimi lana..anak yang layan mak ayah dia dengan baik akan layan wife dan anak dia baik juga

Kerusi roda ayah dia pun diorang deco kan bunga, mybe nak samakan dengan kerusi tetamu yang lain so special

@radinamiraffendy Kasih yang takkan terpisah restu sorang ayah... Momen sebelum @Syafiq Kyle akad nikah bersama @Missmimilana .. Such a lovely family #syafiqkyle#SKML#takhensemtapimanisnyaada#kubilangjangandinjangan tak akan pernah jauh - bigboss

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang