Petua berguna pilih ketam banyak isi anak nelayan share, barulah berbaloi beli mahal
Petua berguna pilih ketam banyak isi anak nelayan share, barulah berbaloi beli mahal
KETAM memang lauk kayangan. Harganya agak mahal mencecah puluhan ringgit sekilogram menjadikan ia menu istimewa keluarga.
Sesekali membeli tentunya nak yang berpadanan dengan harga kan? Ketam isi penuh dan bertelur lagilah berbaloi. Jadi apa kata ikuti tip yang dikongsikan Siti Aminah Yousoff ini.
Baca juga: Petua mudah ayam kampung, ayam pencen cepat empuk, masukkan bahan ini masa rebus
Baca juga: Petua ikan bilis kekal rangup & tahan lama, sebelum goreng buat dua langkah ni dulu
TIP BELI KETAM ISI PADAT DAN BERTELUR
1-Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang dipilih berat. Saiz kecil tak mengapa, yang penting berat.
2-Jika nak isi yang padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Cara membezakan ketam jantan dan betina lihat bentuk tiga pad bahagian perut.
3-Jika segi tiganya kecil ia jantan manakanala, ketam betina segi tiganya besar.
4-Lihat tempat bertanda pada bahagian perut ketam. Pastikan ia berwarna kekuningan atau jingga menandakan ada telur dan isinya padu.
Baca juga: Petua beli tembikai merah & manis, tengok jalur dan bentuk, 4 tip anda perlu tahu
TIP BELI KETAM SEGAR DAN MANIS
Selain itu, pengguna Facebook Wanie Ishak berkongsi sembilan petua untuk membeli ketam segar dan mempunyai isi yang manis.
1.Beli selepas bulan mengambang
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam selepas bulan mengambang penuh kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2.Cengkerang kebiruan tanda segar
Jika beli ketam terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerang, bahagian atas dan sepit. Andai ada warna kebiruan, itu menandakan ketam itu masih segar.
3.Pilih ketam berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam beratmenunjukkan isinya padat. Timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4.Belakang melekap tanda segar
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan melihat bahagian belakangnya. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
5. Bau laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau hanyir yang kuat faham-faham sahajalah.
6. Cukup sifat
Ketam masih cukup sifat menunjukkan ia masih segar dari laut.
Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan matanya mesti ada lagi.
Baca juga: Petua sayur campur cantik berkilat macam kat kedai, mesti buat ni sebelum goreng
7.Pilih ketam betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina kerana ketam betina ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
8.Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badannya. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
9. Tiada tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.
Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender
Baca juga: Resipi jemput malas gebu mudah sangat, cecah dengan kuah lada kering memang padu
Semoga bermanfaat!
Sumber: Siti Aminah Yousoff,Wanie Ishak
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang