PERUT lembu atau babat adalah salah bahagian lembu yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Pelbagai sajian boleh dihasilkan daripadanya. Antaranya kerabu, masak lemak cili padi, air asam dan sup. Menyebutnya sahaja sudah kecur air liur!

Namun apabila memikirkan tentang membersihkan, ramai mengakui lemah semangat.

Masakan tidak, jika ia dibersihkan secara manual, proses mengikis kotoran hitam yang rumit biasanya akan memakan berjam-jam lamanya.

Baca juga: Hilangkan bau hanyir perut lembu ini caranya, hanya guna satu bahan mudahkan para ibu

1-HANYA RENDAM BERTUKAR PUTIH 

Bagi anda penggemar organ dalaman ini, boleh ikuti tip dikongsikan oleh Wan Zana Wan Ibrahim dan Cik Puan Julie Raja Iskandar ini.

Petua yang diperolehi daripada rakannya itu membantunya menyiapkan perut dengan lebih pantas.

“Terima kasih sahabat kongsi tip untuk mencuci bahagian yang tadinya hitam legam. Sekarang sudah bersih dan nampak rupa,” kongsinya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Menurut Wan Zana, rakannya mencadangkan penggunaan cuka makan untuk menghilangkan kekotoran pada babat.

“Hanya rendam dengan cuka makan sahaja. Agak-agak dalam satu atau dua jam.

“Selepas itu, bersihkanlah. Tak perlu lagi menggunakan kapur. Siap, Alhamdulillah,” kongsinya.

Baca juga: Kecewa beli sup dapat najis, ini cara mudah cuci perut lembu

2-TIP NYAH BAU

Selain itu, satu lagi petua membersihkan perut lembu menggunakan kapur makan, limau nipis dan halia telah dikongsi Cik Puan Julie Raja Iskandar.

Bezanya, dengan tip perut lembu perlu dikikis tetapi ia mengenyah bau najis lembu.

Iklan

Berikut langkah petua dikongsikan:

1.Rendam ia dalam air kapur makan selama 30 minit hingga satu jam.

2.Kemudian bersihkan perut dengan mengikis bahagian hitam dengan menggunakan pisau. Proses ini agak mengambil masa.

3.Bila sudah bersih sepenuhnya, cuci perut lembu dengan air limau nipis untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

Halia dan limau nipis agen yang menyingkirkan bau perut lembu. (Kredit foto: Pexels)

4.Sesudah siap dibersihkan, tiba fasa untuk merebus perut lembu tadi. Rebus seketika untuk memudahkan proses memotong.

5.Apabila siap dipotong, rebus sekali lagi dengan menambah sedikit hirisan halia. Halia juga berfungsi untuk menghilangkan bau perut.

Iklan

6. Toskan airnya dan bolehlah dimasak mengikut selera masing-masing.

Baca juga: Cuci perut lembu, tak perlu kikis sampai putih, nak mudah ikut tip ini

Sumber: Wan Zana Wan Ibrahim, Cik Puan Julie Raja Iskandar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!