MENGHILANGKAN bau hanyir pada perut lembu ada caranya. Tidak perlu membeli bahan mahal, ramuan yang diperlukan sebenarnya sudah ada di dapur kita.

Perut lembu atau juga dikenali sebagai ‘babat’ lazimnya dimasak dan diolah menjadi kerabu, masak lemak cili padi, air asam dan sup. Namun kadangkala selera boleh terbantut apabila perut yang dimasak masih berbau hanyir.

Baca juga: Cuci perut lembu, tak perlu kikis sampai putih, nak mudah ikut tip ini

Baca juga: Kekeliruan kaum ibu, daging korban tidak boleh disimpan melebihi 3 hari? Ini penerangan agamawan

Baca juga: Pasti terliur! Hati lembu masak pengantin lazat, mudah dibuat

Perkongsian daripada pengguna Amanda Tan ini boleh dijadikan panduan kita. Hanya menggunakan halia yang dikisar, bau hanyir dapat dinyahkan daripada organ dalaman itu.

“Untuk setiap 500 gram perut yang dibeli siap rebus di pasaraya atau frozen, saya menggunakan dua ketul halia tua bersaiz ibu jari.

“Cuci perut itu sebersih-bersihnya dan potong kepada saiz yang dikehendaki,” titip Amanda.

Wanita itu turut berkongsi langkah-demi langkah dilakukan seperti berikut;

2. Kisarkan halus halia berkenaan itu tanpa air.

3. Perah air halia (daripada yang dikisar) ke dalam bekas berisi perut itu dan gaulkan. Biarkan selama 30 minit.

Halia mampu menghilangkan bau hanyir perut lembu

4. Selepas 30 minit, anda boleh mengggunakan terus perut berkenaan dalam masakan. Tidak perlu cuci air perahan halia.

Iklan

5.Namun jika menu anda tidak memerlukan rasa halia, boleh cuci air halia dari perut berkenaan sebelum dimasak.

Mudah sahaja kan? Ringkas tetapi berkesan. Bolehlah digunakan sama ada ketika membersihkan perut lembu segar atau yang dibeli.

Selamat mencuba!

Sumber: Amanda Tan via Masak Apa Tidak Jadi Hari Ni

Iklan

Baca juga: Daging korban dibawa keluar dari kawasan atau negeri, bolehkah? Ini penjelasan agamawan

Baca juga: Khasiat halia bukan sekadar buang angin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.