SYARIKAT tempatan, Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd (Wipro Unza) di bawah jenama Safi menghasilkan produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria untuk memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia terutama umat Islam yang melancong ke luar negara.

Produk itu dihasilkan untuk membantu umat Islam khususnya dalam aspek kebersihan diri, tempat, pakaian dan peralatan bagi memastikan urusan amal ibadat ketika melancong dapat dilakukan mengikut tuntutan syarak.

Aspek kebersihan perlu dititikberatkan kerana ada kalanya kediaman yang disewa atau diduduki dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan telah terkena najis mughallazah oleh penghuni sebelumnya.

Dalam kehidupan serba moden ini, inovasi produk khas sertu yang dihasilkan oleh Wipro Unza memberi manfaat kepada pengguna ketika melancong dan sebagai produk alternatif untuk melakukan sertu di mana sahaja, tanpa waswas.

Bagi umat Islam yang tinggal di luar negara atau melancong ke negara lain, mereka mudah terdedah dengan najis mughallazah.

Penggunaan produk ini menjadi alternatif kepada tanah yang sukar diperolehi.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria didatangkan dalam bentuk tiub yang mudah dibawa dan ia dibenarkan untuk tujuan sertu bagi menggantikan tanah tetapi kaedah pelaksanaan sertu masih terikat dengan hukum syarak.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah proses dan kaedah sertu produk ini telah disemak dan disahkan oleh Institusi Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setiausaha Masjid Al-Irsyad USJ 1, Subang Jaya, Roslan Yusof, 59 berkata, beliau pertama kali mendengar produk sertu menggunakan kaedah moden.

Pemberian percuma produk Safi Sertu kepada jemaah solat Jumaat di Masjid AlIrsyad, Subang Jaya, pada Jumaat.

“Safi adalah pelopor kepada produk sebegini yang sangat membantu dalam proses sertu menggantikan kaedah tradisional guna tanah.

“Produk ini boleh digunakan untuk proses sertu najis anjing yang kadang kala masuk ke pekarangan masjid,” katanya.

Bagi seorang mualaf, Danial Aliff Chan Abdullah, 50, pek mudah dibawa ini menyenangkan pengembara beragama Islam untuk membawa Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria ke mana-mana.

Iklan

“Selepas ini tidak perlu cari tanah untuk sertu dan boleh digunakan seperti sabun biasa untuk kegunaan seharian tanpa sebarang keraguan sebab sudah ada sijil pengiktirafan.

“Apa yang bagus, selain menyucikan diri pengguna juga dapat manfaat daripada kandungan habbatus sauda dan ekstrak bidara yang terdapat dalam produk ini,” katanya yang juga merupakan bendahari di Masjid Al-Irsyad USJ 1, di sini.

Sementara itu, pembantu juru ukur, Naqiuddin Hanafi , 32, kerjanya yang terdedah kepada najis anjing ekoran bekerja di tapak pembinaan menyebabkan proses sertu menjadi sebahagian daripada keperluan harian sebaik pulang dari tempat kerja.

“Hampir setiap hari saya akan lakukan sertu dan saya ada sediakan stok tanah. Pakaian kerja juga saya asingkan yang ada kala saya buang sahaja jika malas nak buat sertu.

Iklan

“Dengan adanya produk Safi ini, ia sangat membantu pekerja di tapak pembinaan seperti saya. Selepas ini saya boleh beralih sertu cara moden tanpa perlu susahkan diri mencari tanah lagi,” katanya.

Baca juga: Melancong tanpa masalah, bawa Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi