SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan, pengeluar tayar terkemuka, Continental Tyre Malaysia memperluaskan program Total Confidence Plan (TCP) untuk rangkaian produk Dunlop dan Viking.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova berkata, pihaknya berbesar hati untuk melanjutkan kempen waranti tambahan berkenaan selepas menerima sokongan padu para pelanggan.

“Bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara, pelbagai promosi eksklusif ditawarkan kepada orang ramai yang ingin membeli tayar khususnya jenama Dunlop dan Viking bersaiz 14 inci dan ke atas.

“Sudah menjadi hasrat kami untuk memberi keyakinan dan ketenangan kepada pengguna yang mengembara ke seluruh negara dengan jaminan tayar lebih selamat,” katanya.

 

Antara manfaat yang bakal diperoleh pengguna adalah seperti berikut:

  • Perlindungan bahaya jalan raya untuk tempoh 12 bulan pertama dari tarikh pembelian.
  • Penggantian tayar satu kepada satu.

Continental Tyre

  • Aplikasi mudah alih sebagai saluran penyelesaian dan tuntutan sehenti melibatkan pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Baca juga Inovasi tayar memori pintar pertama dunia? Ini rupanya projek NASA yang mengejutkan industri basikal global

Baca juga Bimbang beli kenderaan terpakai bikin poket kerap kempis, ini tip terbaik elak tanggung rugi

Iklan

Pembelian haruslah sekurang-kurangnya dua tayar jenama Continental, Dunlop atau Viking daripada mana-mana pengedar atau kedai e-dagang rasmi seperti Shopee bermula 17 Ogos hingga 30 September ini.

Continental Tyre

Anda juga layak untuk menebus baucar e-dompet Touch & Go melalui aplikasi Conti TCP.
Untuk maklumat lanjut, layari www.continental-tyres.com.my.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang