Puding titisan air hujan tular, mengiurkan. Resipi wanita ini raih hampir 9,000 shares

A
A
A

BILA sebut sahaja puding, pasti telah terbayang kenikmatan dan keenakkannya.

Tidak kisahlah apa perisa, ia merupakan pencuci mulut yang boleh meningkatkan selera sesiapa sahaja.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Seperti yang sedang tular di laman TikTok kini iaitu puding Rain Drop Cake (titisan air hujan).

Puding tersebut berjaya menarik perhatian ramai apabila rupa dan bentuknya yang sangat unik persis titisan air hujan.

Rupanya bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya sangatlah mudah didapati.

Salah satu bahan utama adalah hanya menggunakan serbuk agar-agar.

Ayuh kita lihat perkongsian daripada Siti Masitah Awang KechikFull yang telah mendapat hampir 9,000 shares di Facebook.

Bahan-bahan;

  • 1/2 sudu besar serbuk agar-agar
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 700ml air
  • Air gula melaka
  • Serbuk kacang soya

Puding titisan air hujan tular, mengiurkan. Resipi wanita ini raih hampir 9,000 shares

Cara-cara membuatnya;

1. Rebus semua bahan sampai mendidih. Tuangkan adunan secukupnya dalam mangkuk bulat.

2. Sejukkan sehingga mengeras.

Cuba juga Tiga proses mudah buat nagasari, Noor Elenna kongsi tip kuih cantik, gebu

3. Jika sudah keras, lapik pinggan atas mangkuk dan terbalikkan dengan berhati-hati ke atas pinggan.

4. Hias menggunakan air gula melaka dan serbuk kacang soya yang dipanggang.

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Masitah Awang KechikFull

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca