HomeLifestyleRahsia kejelitaan Cik Mek...

Rahsia kejelitaan Cik Mek Molek, ini resipi mudah & teknik betul, barulah tak pecah masa goreng

CIK Mek Molek sejenis kuih berasal dari Pantai Timur. Ia sangat sedap dan kaya dengan rasa keledek membuatkan ia menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat.

Rupanya tak susah pun menyediakan kuih tradisional Kelantan ini. Jom kita semak resipi dan petua membuatnya agar tidak mudah pecah ketika menggoreng.

Baca juga: Resipi singgang daging Kelantan paling mudah, letak 1 bahan ini gerenti sedap

CIK MEK MOLEK

Bahan-bahan

1.5 kg keledek oren              [BELI DI SINI]
Garam secukupnya                [BELI DI SINI]
1 sudu besar tepung ubi        [BELI DI SINI]
2 sudu besar tepung gandum [BELI DI SINI]
Air (untuk merebus ubi)
Minyak masak untuk menggoreng     [BELI DI SINI]

Gula sebagai inti secukupnya  [BELI DI SINI]

Cara penyediaan

1.Kupas, potong dan cuci keledek kemudian rebus bersama sedikit garam.

2.Masukkan sedikit sahaja air untuk merebus.

3.Selepas empuk, tutup api. Toskan ubi dan sejukkan.

4.Apabila ubi sudah sejuk, lenyek ia sehingga hancur. Boleh menggunakan gelas atau lesung.

5.Setelah hancur, masukkan tepung ubi dan tepung gandum.

6.Semasa menguli, rasa adunan. Sekiranya kurang masin, tambah garam.

7.Selepas sebati, bulatkan adunan kepada saiz yang kecil.

8.Simpan bebola keledek mentah tadi ke dalam peti sejuk selama tiga hingga enam jam. Boleh juga buat makan dan goreng keesokan pagi atau uli pagi goreng pada waktu petang.

9.Apabila tiba masa untuk menggoreng, keluarkan bebola keledek tadi.

10.Leperkan adunan dan sudukan gula secukupnya di bahagian tengahnya.

11.Cantum semula dan bentukkan memanjang berbucu tajam.

12.Panaskan minyak dan pastikan ia betul-betul panas sebelum menggoreng. Api biarkan besar sedikit.

13.Kebiasaannya Cik Mek Molek akan pecah dan mengeluarkan air gula kerana kesilapan teknik menggoreng ini.

14.Mula-mula, golekkan dulu Cik Mek supaya kulit di luarnya masak sekata. Kemudian baharulah boleh dikecilkan api dapur.

15.Ketika api perlahan, selalulah balik-balikkan supaya ia kembang sekata.

Iklan

16.Bila masak, angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Baca juga: Cantik bulatnya! Ini resipi bebola keledek lembut di dalam rangup di luar

KHASIAT KELEDEK

Khasiat keledek yang ramai anak muda tidak tahu

1. Kaya dengan vitamin B6
Keledek memiliki vitamin B6 yang berupaya untuk mengurangkan kadar homosistein dalam badan di mana ia mampu menjauhkan anda daripada serangan jantung.

2. Kaya dengan vitamin C
Keledek turut kaya dengan vitamin C di mana ia bagus dalam mencegah dan melindungi badan daripada serangan bakteria yang akhirnya boleh mengakibatkan penyakit seperti demam, selesema dan batuk.

Keledek turut mengandungi vitamin D yang berfungsi untuk menguatkan tulang dan gigi. Di samping itu, vitamin D juga elok diambil bersama kalsium kerana ia dapat membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

Iklan

4.Mengandungi zat besi
Zat besi di dalam keledek juga membantu dalam memberi tenaga kepada anda. Di samping ia turut mampu melancarkan penghasilan sel darah merah dan sel darah putih.

5. Sumber magnesium
Keledek juga merupakan sumber magnesium terbaik untuk badan anda. Magnesium berperanan dalam memberi rasa tenang pada badan anda dan sebagai mineral anti-stress. Di samping magnesium juga baik untuk kesihatan arteri, darah, tulang, otot dan fungsi saraf.

Baca juga: Resipi jemput malas gebu mudah sangat, cecah dengan kuah lada kering memang padu

Sumber: Ju Mohamad

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis