Mahu cantik tetapi tiada masa. Itu dilema yang dialami kebanyakan wanita berkerjaya.

Namun itu tidak bermakna anda harus mengabaikan kecantikan diri dengan alasan sukar mencari waktu atau tiada masa untuk perkara itu.

Tidak dinafikan,  ia bukanlah semudah yang disangka. Tambah-tambah lagi jika sudah memiliki keluarga sendiri.

Pun begitu, tidak bermakna anda harus mengabaikan kecantikan diri dengan alasan sukar mencari waktu atau tiada masa untuk perkara itu

Justeru, pada artikel kali ini, SinarPlus ingin kongsikan cara mudah dan murah, tetapi membantu kaum Hawa untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat.

Baca ni: Tip mekap simple tapi tetap cantik. Nombor 4 tu kena elakkan jika tidak mahu hidung bercapuk!

TIP CANTIK

Untuk tampil cantik, wanita tidak hanya semata-mata mendapatkan rawatan di salun, sebaliknya anda boleh melakukannya di rumah dengan cara yang mudah. Antaranya:

i) Rajin minum air
-Banyak sekali manfaat yang boleh diperoleh. Selain menjaga kesihatan kulit, air membantu memberi kesegaran pada mata dan memberi tenaga.
-Air secara alami juga melarutkan racun sehingga membantu mengurangkan masalah terhidrat.
-Pengambilan air yang bersih dan mencukupi juga mampu mengelakkan seseorang itu mendapat jangkitan penyakit.

ii) Minyak zaitun
-Minyak zaitun merupakan pelembap yang sangat baik untuk kulit. Ia mengandungi vitamin E dan antioksidan yang membantu melindungi kulit.
-Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit dan tahan lama serta sesuai dengan semua jenis kulit.
-Malah, aktres Hollywood, Sophia Loren turut mengagumi dan menggunakan minyak zaitun untuk melembapkan wajahnya.
-Caranya cukup mudah, sapukan sedikit minyak zaitun ke wajah setelah dibersihkan lalu urut dan lihat perbezaannya!

RAWATAN GUNA BAHAN ALAMI

Iklan

* Kisar pisang dan susu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk untuk mendapatkan kulit cerah bersinar.
* Sapukan madu pada wajah dan leher selama 20 minit. Basuh dengan air sejuk. Kulit akan kian berseri, lembut dan terasa halus.
* Campur putih telur dengan madu, lalu sapukan pada wajah selama 20 minit. Basuh dengan air sejuk.
* Gosok sepotong betik pada wajah dan leher selama 15 minit.
* Campur tiga sudu teh baby oil dan dua sudu teh gula. Gosok pada kaki, tangan, atau bahagian tubuh lain. Biarkan selama 10-15 minit. Basuh dengan air suam dan lihat hasilnya.
* Campur secawan gula dengan satu sudu makan air perahan lemon segar atau limau nipis. Ketika mandi, sapukan pada tubuh dan wajah yang dicampur bersama mandian. Setelah itu, gosok tubuh dan muka dengan campuran tersebut.

SOLEKAN 10 MINIT
* Gunakan mekap jenis mineral yang hanya memerlukan 10 minit untuk diratakan pada wajah.
* Tambahkan beberapa lapis maskara untuk ‘menghidupkan’ bahagian mata anda.
* Bagi yang kurang gemar memakai lipstik, memadai dengan menyapu sedikit lip gloss berwarna yang jelas untuk menampilkan kesan kemilau dan kelembapan pada bibir cantik anda.
* Untuk menampakkan keserian wajah, bentukkan alis kerana ia membantu dalam mencipta keajaiban untuk bentuk wajah anda, terutama untuk bahagian mata.

Iklan

Dah banyak petua yang SinarPlus kongsikan. Terpulang kepada kaum wanita untuk mengamalkannya. Kalau rajin, hasilnya pastilah terbaik!

Sumber & foto :

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan