PEMAKAIAN pelitup muka memang antara langkah terbaik bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di samping penjarakkan sosial dan sanitasi tangan.

Penduduk serata dunia telah mengamalkannya dan banyak kajian menunjukkan keberkesanan langkah tersebut, tetapi saban hari kes yang dilaporkan semakin meningkat.

Di negara kita contohnya, kita sedang berusaha untuk memastikan gelombang ketiga boleh didatarkan lengkungannya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui, situasi sekarang amat sukar dengan penularan kes yang lebih teruk berbanding semasa gelombang pertama dan kedua sebelum ini.

Namun, ada pihak merasakan pemakaian pelitup muka boleh memudaratkan kesihatan.

Rakan Senorita pun ada yang merungut bahawa mukanya gatal-gatal jika memakai pelitup muka.

Senorita tak pula bertanya kepadanya, berapa harga pelitup yang dipakainya? Adakah disebabkan alat pelindung itu berkualiti rendah atau sebaliknya? Ataupun, beliau jenis yang tidak tahan dengan apa jua jenis fabrik.

Namun, seorang rakan Senorita yang berdepan dengan masalah yang sama iaitu gatal-gatal dan mukanya akan jadi kemerah-merahan. Disebabkan alergi itu, beliau telah memilih pelitup muka jenis Airsm yang ditawarkan oleh satu jenama terkenal. Katanya, produk itu lebih okey berbanding pelitup muka yang biasa kita gunakan.

Di luar negara, sebaran maklumat bahawa pemakaian pelitup muka adalah penyebab kepada pneumonia oleh calon kongres di Florida, Amerika pada Jun lepas mengusarkan ramai orang kerana ia telah tular secara berleluasa.

Tulisan  sebuah artikel oleh John C.A Manley pula baru-baru ini bertajuk Medical Doctor Warns that Bacterial Pneumonias Are on the Rise from Mask Wearing juga menimbulkan rasa bimbang apabila Dr James Meehan melaporkan, beliau mendapati kes ruam pada muka akibat jangkitan bakteria dan fungus, di samping  kes pneumonia telah meningkat.

Namun, Dr Rossana Rosa dalam penulisannya berpendapat, pemakaian pelitup mengakibatkan pneumonia adalah mitos.

Katanya, penyebab pneumonia sebahagian besar disebabkan apabila manusia menghirup udara yang tercemar dengan virus, bakteria mahupun fungus.

Kuman tersebut seterusnya masuk ke dalam tisu paru-paru yang mengakibatkan pneumonia.

Oleh itu, semasa kita sihat, apabila kita memakai pelitup muka, udara ‘sihat’ yang kita sedut kembali setelah kita hembus tidak memungkinkan terjadinya pneumonia.

Senorita Kayangan: Ramai kata bila pakai facemask ada ruam dan kulit muka jadi gatal-gatal. Ini penjelasan dua pakar
Dr Mohd Radzniwan dan Dr Nuruliza menegaskan, pemakaian pelitup muka wajib dipraktiskan dengan cara yang betul.

Kenyataan itu juga disokong oleh Dr Anne Monroe yang merupakan Pakar Epidemiologi di George Washington University’s Milken Institute School of Public Health.

Dr Davidson Hamer yang merupakan seorang Pakar Penyakit Berjangkit di Boston University juga mempunyai pendapat yang sama.

Pemakaian pelitup muka tidak mengakibatkan pneumonia seperti yang ditular luas melalui media sosial ketika ini.

Bagaimanapun, sekiranya pelitup muka itu tercemar, barulah perkara tersebut secara teorinya boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman pada paru-paru.

Mengulas lanjut mengenainya, Pengarah Perubatan, Klinik Pakar Kesihatan USIM, Prof Madya Dr Mohd Radzniwan A Rashid dan Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, USIM, Dr Nuruliza Roslan berkata, memang banyak kajian menyangkal kenyataan tersebut.

Ujar Dr Mohd Radzniwan dan Dr Nuruliza, kajian yang dilakukan oleh Dr Chiu NC contohnya, telah membuktikan di dalam artikel yang telah diterbitkan oleh Journal Of Medical Internet Research pada Ogos 2020 bahawa pemakaian pelitup muka, penjarakkan sosial dan kebersihan tangan berkesan menurunkan kadar jangkitan paru-paru.

“Ada banyak lagi momokan terhadap pemakaian pelitup muka yang dikhabar boleh menjejaskan kesihatan seperti rosak tisu paru-paru dan keadaan dipanggil hypercapnia yang mana situasi tersebut menyebabkan pemakainya mempunyai kadar karbon dioksida yang tinggi di dalam darah akibat penyedutan balik udara yang dihembus.

“Perbincangan di atas menguatkan lagi hujah supaya pemakaian pelitup muka wajib dipraktiskan dengan cara yang betul,” kata mereka.

Nasihat yang sering kita dengar supaya pelitup muka tidak dipakai berulang-kali, membuangkannya dengan cara yang khusus bukanlah bebelan orang tua kepada anaknya. Kesemua itu ada hikmah di sebalik nasihat, walaupun tatacaranya sangat rumit.

Berikut adalah antara Etika Pemakaian dan Penjagaan Pelitup Muka yang harus diikuti seperti dicadangkan oleh Dr Mohd Radzniwan dan Dr Nuruliza:

Untuk pelitup muka pakai buang surgikal:

  1. Pemakaian maksimum 8 jam sehari dan jangan guna semula.
  2. Buang/ganti dengan yang baharu sekiranya basah, koyak atau kotor.
  3. Jangan sesekali menyentuh permukaan luar pelitup muka sewaktu memakai.
  4. Jangan kongsi pelitup muka terpakai.
  5. Putuskan tali pelitup muka ketika buang.

Untuk pelitup muka fabrik:

  1. Cuci sekali sehari mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  2. Jangan kongsi pelitup muka.
  3. Jangan sesekali menyentuh permukaan luar pelitup muka sewaktu memakai.

RISIKO

Sekiranya salah satu perkara di atas tidak dipatuhi, kesannya terhadap kesihatan adalah besar. Ini adalah kerana pelitup muka tersebut boleh tercemar dan akan memberi risiko jangkitan kepada si pemakainya dan orang sekeliling.

Contohnya, jika si pemakai bersin ketika memakai pelitup muka, kebaikannya adalah orang yang berdekatan terlindung kerana bersin itu terperangkap dalam pelitup muka si pemakai.

Iklan

Namun, bahayanya adalah sekiranya si pemakai menyambung untuk memakai pelitup muka ini lebih dari 8 jam, risiko untuk si pemakai mendapat jangkitan kuman adalah tinggi.

Ujar Dr Mohd Radzniwan  dan Dr Nuruliza, cara lain yang tidak harus dipraktiskan adalah sekiranya si pemakai membuka pelitup muka (walaupun untuk seketika sahaja) dan meletaknya di atas permukaan yang berhabuk, kotor dan kemudian memakainya semula, risiko tingkah laku tersebut untuk mendapat jangkitan penyakit adalah tinggi.

Apatah lagi sekiranya pelitup muka didapati basah dari luar atau dalam, tetapi si pemakai rasakan ia tidak kelihatan kotor atau koyak atau baru sahaja pakai tak sampai 8 jam, juga adalah amalan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Memastikan pemakaian arah lapisan pelitup muka yang betul juga penting. Kita perlu sentiasa beringat bahawa arah lapisan pelitup muka yang mana sewaktu membuka dan memakainya semula.

Ini adalah kerana sekiranya arahnya salah, bahagian luar akan terkena hidung dan mulut dan sekiranya pelitup muka itu tercemar, maka jangkitan akan terjadi pada muka dan kuman boleh masuk ke paru-paru semasa kita menarik nafas,” kata mereka kepada SinarPlus baru-baru ini.

Dua ahli akademik itu menambah, amat penting untuk kita membasuh atau sanitasi tangan sebelum dan selepas memegang pelitup muka.

Memutuskan tali pelitup muka juga adalah penting dipraktiskan. Walaupun ia leceh, tindakan itu bertujuan untuk mengelakkan daripada ia diambil oleh individu lain yang kemudiannya memakainya semula atau lebih teruk, menjualnya kembali.

Senorita Kayangan: Ramai kata bila pakai facemask ada ruam dan kulit muka jadi gatal-gatal. Ini penjelasan dua pakar
SILA pastikan arah lapisan pelitup muka dipakai dengan betul bagi mengelak alat keselamatan itu tercemar daripada bakteria.

“Mungkin juga ramai tidak tahu bahawa memutuskan tali pelitup muka juga dapat mengelakkan binatang seperti burung, ikan dan penyu  terseksa atau boleh mati  akibat terjerat dengan pelitup muka, disebabkan ‘hanyutan’ pelitup muka yang dibuang ke sungai dan laut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Terdapat bukti yang melaporkan bahawa kejadian ini telahpun berlaku. Kesan pembuangan pelitup muka pakai buang yang merata-rata atau tidak dibuang dengan betul sememangnya mengganggu ekosistem dan memudaratkan alam sekitar,” ujar penyelidik-penyelidik itu.

Sesungguhnya, pandemik COVID-19 mengajar kita satu aspek yang sememangnya dititikberatkan dari dulu, kini dan selamanya iaitu kebersihan.

Kini, menjaga kebersihan dalam penjagaan pelitup muka adalah sangat penting kerana objektif utama pemakaian pelitup muka adalah bukan sahaja untuk melindungi diri kita sendiri dari risiko jangkitan luar tetapi juga melindungi orang lain sekeliling kita.

Namun, untuk memastikan perlindungan dua hala ini berkesan, kita harus cakna dalam etika pemakaian pelitup muka.

Di samping itu, kebersihan juga tidak hanya membabitkan kita sebagai manusia sahaja yang hidup di muka bumi ini, tetapi juga pentingnya untuk menjaga kebersihan persekitaran yang dihuni oleh pelbagai makhluk.

Iklan

Pendek kata, janganlah kita alpa. Kita masih belum menang.  Perjuangan masih belum selesai.

Petugas kesihatan masih mempertaruhkan nyawa mereke di medan juang Covid-19. Ayuh jalankan peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang cakna mengenai kepentingan pemakaian dan penjagaan pelitup muka, kata pensyarah berkenaan.

Sebelum Senorita menutup tirai, suka untuk Senorita remind tentang pelitup muka eksklusif keluaran Karangkraf Medicare Sdn Bhd yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.

Pelitup muka Karangkraf yang merupakan produk buatan Malaysia ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019.

(Jom baca: Pelitup muka Karangkraf lebih stail, ada ‘hygine case’ sekali)

Ujian yang dijalankan di sebuah makmal bertauliah, Eurofins Lab membuktikan bahawa pelitup muka Karangkraf mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus mencapai gred MEDICAL. Jadi, memang terjamin kualitinya! Klik di sini untuk pembelian.

Jangan lupa dapatkan ya! Menarik tau siap ada hygience case sekali dengan corak yang comel-comel belaka. Senorita dah dapatkannya dan begitu juga kawan-kawan Senorita yang lain.

Sumber foto: Bernama, Unsplash, Freepik dan Unsplash