RAMAI antara kita memilih untuk mengambil makanan ringkas ketika mahu cepat.

Sandwic atau bar granola adalah antara makanan yang boleh membantu seseorang untuk berasa cepat kenyang.

Pun demikian, terdapat beberapa sajian yang dianggap sihat sebenarnya adalah makanan diproses.

Daily Mail mendedahkan, makanan yang dinamakan sebagai ultraproses itu mengandungi pewarna, pemanis tambahan dan pengawet.

ham
SUMBER Nicolas Postiglioni daripada PEXELS.

Antaranya seperti:

  1. Ham
    Daging sejuk seperti ham sering digunakan sebagai protein dalam sandwic.

Walaupun kebanyakan makanan itu diawet menggunakan garam, namun sesetengahnya mengandungi penstabil.

Ia sering dikenali sebagai potassium triphosphate, pentasodium triphosphate dan tetrapotassium diphosphate.

 

Penggunaan bahan tersebut mengekalkan tekstur dan menjadikan hidangan lebih menyelerakan.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa daging berkenaan boleh mengundang risiko kanser usus dan penyakit jantung.

SUMBER Solod_Sha daripada PEXELS.

2. Marjerin

Marjerin mengandungi bahan tambahan pengemulsi.

Bahan kimia lasitin, mono dan disliserida asid lemak dalam marjerin juga boleh memberi kesan kepada usus manusia.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Microbiome pada tahun 2021 itu mendapati, bahan tersebut boleh meningkatkan keradangan pada organ pencernaan tersebut.

GRADOLA
SUMBER Annelies Brouw daripada PEXELS.

2. Bar granola
Makanan ini sering dianggap snek sihat. Pun begitu, bar oat dan muesli tersebut selalunya mengandungi pemanis tiruan dan bahan kimia.

Makan kekacang, oat atau granola buatan sendiri adalah salah satu langkah yang lebih sihat.

3. Protein shake
Minuman protein shake lazimnya ditambah pemanis sucralose dan beberapa bahan penstabil.

Hal itu menyebabkan ia tergolong dalam makanan yang diproses.

Baca juga: Jauhi makanan proses, ibu mengandung tak boleh tinggal buah

BEEF
SUMBER Alesia Kozik daripada PEXELS.

4. Daging vegan
Dada ayam dan isi ikan bukan makanan diproses.

Namun, makanan yang diproses dan mempunyai rasa sama seperti daging sebenar lazimnya mengandungi pengawet dan pemanis tiruan.

Sementara itu, Cleveland Clinic memberitahu, makanan proses telah ditambah vitamin dan mineral selain diubah keasliannya.

Pakar diet, Beth Czerwony memberitahu, ia bukan sahaja diolah semula malah ditambah lemak, kanji, gula, garam, lemak, pengawet dan pewarna makanan.

Iklan

Pengeluar makanan menambah bahan-bahan tersebut supaya hidangan yang mudah dan sedap itu tahan lebih lama.

“Bahan tambahan yang digunakan menyebabkan makanan tersebut mempunyai lebih kalori.

“Kandungan itu boleh menyebabkan seseorang individu berisiko untuk mengalami masalah jantung, obesiti dan diabetes jenis 2,” ujarnya.

Dalam pada itu, Czerwony turut menyarankan supaya label kandungan dan nutrisi makanan disemak terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

Berikut adalah bahan tambahan dan pengawet makanan yang perlu dielakkan. Antaranya:

1.Sirap jagung fruktosa tinggi.
2.Butylated hydroxyanisole dan butylated hydroxytoluene.
3.Carrageenan.
4.Pewarna makanan.
5.Minyak berhidrogen.
6.Monosodium glutamat.
7.Kalium bromat.
8.Natrium nitrat dan natrium nitrit.
9.Sulfit (seperti sulfur dioksida, kalium bisulfit, natrium bisulfit dan natrium sulfit).

Baca juga: 10 makanan tak patut simpan dalam peti sejuk tapi ramai yang buat

Baca juga: Mudah panaskan makanan hanya guna microwave tapi bahaya tak? Ini penjelasan ahli kimia

Iklan
BUAH
SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

“Semua bahan tersebut menunjukkan ada penambahan pada ramuan makanan tersebut,” katanya.

Walaupun kita sentiasa sibuk dengan tugas harian, namun soal permakanan tidak boleh diambil ringan.

SinarPlus ingin ingatkan supaya anda memilih makanan yang lebih seimbang.

Sebaiknya lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh yang jauh lebih sihat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!