Rambang mata pilih lebih 50 menu, Colek Poligami & Colek Bini Special jadi buruan ramai. Puas makan satu talam

A
A
A

BUKAN sekadar colek biasa. Sajian tersebut yang disediakan oleh Restoran Colek Bini di Kota Bharu, Kelantan pasti membuatkan pelanggan tidak sabar untuk menikmatinya.

Daripada 50 jenis pilihan menu itu yang ditawarkan, paling menjadi tumpuan ialah Colek Poligami dan Colek Bini Special.

Menurut pengasasnya, Siti Zubaidah Mohd Noor, untuk set Colek Poligami, sajian itu dihidangkan di atas satu talam.

"Ia terdiri daripada pelbagai campuran lauk-pauk seperti sosej, bebola ikan, popia, paru-paru, udang goreng tepung, cucur, somtam, daging bakar Danok, miang pla pao dan aneka rojak buah," katanya.

Colek Bini

Untuk saiz yang lebih besar dan mungkin boleh dimakan lebih daripada lima orang, Siti Zubaidah mencadangkan set Colek Bini Special.

"Saiznya dua kali ganda. Seleksi ini lebih meriah dengan bermacam-macam jenis makanan laut segar termasuk sotong celup tepung dan ayam Apollo," katanya.

Colek Bini

Namun, ujar wanita itu, daging bakar Danok yang terdapat pada dua set colek berkenaan yang paling menjadi tumpuan.

Beritahu beliau, pada setiap hari pihaknya akan menyediakan 25 kilogram daging diadun sebati dengan rempah-ratus yang dibeli khas dari Siam bagi mengekalkan rasa asli makanan tersebut.

Colek Bini

“Selain itu, kami juga menggunakan gula kabung Thai yang diperap selama lebih lima jam untuk mendapatkan daging yang lembut dan berjus,” katanya.

Untuk sosnya pula, premis itu menyediakan sambal hijau, colek dan seafood yang masing-masing mempunyai keunikan tersendiri.

 

“Sambal hijau kami diperbuat daripada cili hijau dan bahan istimewa lain yang mempunyai rasa pedas dan masam, manakala sambal colek pula manis dan likat.

Baca juga Kenyang makan setalam mukbang, tarikan selera seafood di sempadan Thailand

“Sambal seafood pula menggunakan cili merah dan ia memang rasa pedas. Kombinasi ketiga-tiga sos berkenaan menjadikan set Colek Bini dan Colek Poligami bertambah menyelerakan," katanya.

Colek Bini

Selain hidangan berkenaan, Restoran Colek Bini juga menyediakan beberapa masakan istimewa lain iaitu Megi Sotong Buncit 7 Bulan dan Megi Udang Galah 7 Inci.

Pilihan Megi Sotong Buncit 7 Bulan itu pasti mengenyangkan kerana tukang masak hanya memilih sotong bersaiz jumbo yang dipadatkan dengan inti telur sotong untuk dimasak, selain beberapa keping kapis.

colek bini

colek bini

Bagi Megi Udang Galah 7 Inci, mereka hanya menggunakan udang bersaiz XXL sahaja.

Baca juga Nasi lemak dalam talam, saiz besar, lauk ‘rare’ melimpah-ruah. Memang puas hati makan

“Untuk memastikan makanan yang berasaskan makanan laut ini segar dan berkualiti, kami mendapatkan bekalan terus daripada peraih tempatan," katanya yang banyak mewarisi resipi ibu tersayang yang berasal dari Pattani.

colek bini

Ujar Siti Zubaidah, sambutan bisnes yang sangat memberangsangkan membuatkan dirinya nekad untuk melepaskan karier sebagai seorang pegawai penjara meskipun sudah lebih 15 tahun berkhidmat.

“Bukan mudah sebenarnya nak ambil keputusan untuk berhenti kerja, lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan, tapi saya percaya dengan rezeki ALLAH,” katanya yang memiliki satu lagi cawangan di Machang.

Colek Bini

Colek Bini

Alamat: Lot 1137, Jalan Wakaf Che Yeh - Salor - Pasir Mas, Kampung Chabang 3, Kota Bharu dan Jalan Pasir Puteh - Machang - Jeli, Kampung Membunga, Machang, Kelantan

Waktu operasi: 1 petang hingga 12 malam

Menu signatur: Set Colek Poligami dan Colek Bini Special

Harga: Bermula RM5 hingga RM370

Facebook: Restoran Colek Bini

Instagram: @colekbini

Colek Bini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca