Rambang mata usha aneka pilihan Anastasia Dessert, manisan premium anak jati Perlis terpaling laris sambil lepak tepi pantai

A
A
A

MENIKMATI manisan premium sambil menghayati panorama matahari terbenam di Pantai Kurong Tengar, Kuala Perlis, Perlis memang mengasyikkan.

Apatah lagi, lebih 10 pilihan dessert homemade yang ditawarkan Hasmen Anies Anastasia Alysa Hasmi atau Hasmen membuatkan ramai yang datang beriadah boleh menjamu selera dengan penuh santai.

Lagi best, kawasan persisiran pantai tersebut tersedia dengan ‘ruang makan ala piknik' menjadikan ia antara lokasi tumpuan ramai untuk mahu berkumpul bersama famili.

Boleh dikatakan, selain kerusi camping yang dipacak, orang ramai boleh duduk bersila di atas karpet yang disediakan sambil menunggu matahari terbenam.

Hasmen yang juga pemilik Anastasia Dessert itu berkata, antara sajian kek paling laku keras dan sentiasa menjadi kesukaan ramai adalah seperti Kek Batik Matcha Anastasia Dessert dan Red Velvet Anastasia Dessert.

manisan premium Anastasia Dessert

manisan premium Anastasia Dessert

“Untuk kek batik matcha misalnya, saya olah sendiri resipi supaya rasanya lain daripada lain. Gabungan coklat dan teh hijau nampaknya ramai yang suka.

“Lagi satu, kek batik original pun saya ada sajikan kepada orang ramai. Setiap kali jual, memang kedua-dua set kek batik tersebut licin tak sampai 40 minit,” katanya ketika dihubungi SinarPlus.

 

Bukan setakat kek batik jer, kek Red Velvet Anastasia Dessert yang dibikin dengan bahan utama seperti cream cheese special juga pemanis mulut yang laris dijual.

Anak jati Kangar berusia 25 tahun itu percaya, setiap kek yang dihasilkan dengan ramuan berkualiti tinggi, tidak kedekut rencah dan dihiasi dengan cantik menjadi daya tarikan penting pelanggan.

manisan premium Anastasia Dessert

“Alhamdulillah, ramai yang sudah tunggu dan beratur panjang bermula jam 5.30 petang untuk membeli produk homemade kami sedangkan gerai dibuka pada jam 6 petang.

Baca juga Simbolik guna nama nenek & atuk, ini 5 destinasi makan bukan ‘kaleng-kaleng’ wajib singgah

“Kalau lambat sikit memang licin. Selalunya tak sampai sejam semuanya dah habis dibeli orang,” katanya yang hanya menutup operasi pada hari Khamis saja.

manisan premium Anastasia Dessert

Sambutan luar biasa

Tatkala ditanya bagaimana idea premis pop up itu tercetus, anak sulung daripada lima beradik itu sebenarnya tidak menyangka sambutan orang ramai sangat memberangsangkan selepas dibuka pada awal Mei lalu.

manisan premium Anastasia Dessert

“Masa itu, saya cuba nasib untuk berjualan pada hujung minggu. Tapak sama ada orang jual pilihan air kopi iaitu County’s Kopi. Jadi, gandingan kek dan kopi memang ngam.

manisan premium Anastasia Dessert

manisan premium Anastasia Dessert

“Bila sambutan semakin bagus, saya terus buka untuk jualan harian. Syukur alhamdulillah, rezeki kek, cream puff, pavlova ini serasi dengan saya,” kongsinya yang dibantu ibu bapanya.

manisan premium Anastasia Dessert

Graduan Diploma Kek dan Bakeri di Institute Food of Malaysia itu juga tak menang tangan memenuhi tempahan biskut dan kek yang dibuka secara online sejak Perintah Kawasan Pergerakan lalu.

Baca juga 3 lokasi piknik di puncak bukit, destinasi healing dan OOTD unik boleh simpan dalam bucket list

“Sebenarnya minat suka buat kek dan pastri ini muncul selepas saya bekerja sambilan di sebuah kedai kek. Dari situ, saya nekad untuk sambung belajar dalam bidang sama demi menambah ilmu.

manisan premium Anastasia Dessert

“Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada premis yang dibuka khas untuk penghasilan kek bagi jualan harian selain memenuhi tempahan untuk majlis perkahwinan dan musim tertentu,” ujarnya yang merancang untuk membuka kafe tidak lama lagi.

Kepada anak muda di luar sana, Hasmen turut menitipkan kata-kata semangat supaya jangan sesekali berputus asa dan patah semangat jika berdepan dengan masalah.

manisan premium Anastasia Dessert

manisan premium Anastasia Dessert

“Untuk memulakan bisnes, kita kena yakin, berani dan percaya dengan produk yang kita hasilkan. Paling penting, jangan takut untuk memulakan sesuatu. Ambil order kecil-kecilan dulu dan kukuhkan personal branding melalui media sosial.

Baca juga Boleh hiking, bergambar dan bermain dengan haiwan jinak. Ini lokasi taman riadah free & easy bawa si kecil tanpa perlu belanja wang besar

“Bagi saya sendiri, usaha keras berpanas di dapur seawal jam 7 pagi hingga 4 petang sebelum keluar berniaga memang berbaloi bila jualan kita habis terjual. Insya-ALLAH rezeki ALLAH itu luas,” nasihatnya.

manisan premium Anastasia Dessert

manisan premium Anastasia Dessert

Anastasia Dessert

Alamat: Pantai Kurong Tengar, Kuala Perlis, Perlis

Waktu operasi: Bermula jam 6 petang hingga habis

Harga: Bermula RM5 hingga RM12

Instagram: @anastasiaalysa_

Tiktok: @anastasiadessert_

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca