H Rangup & garingnya rempeyek! Ini resipi mudah hasilkan 200 keping, sedap sangat, elok kejadian

SIAPA tak kenal rempeyek, kuih tradisional yang disukai ramai. Garing dan rangup, kuih kering yang nipis ini digoreng dengan kacang tanah dan ikan bilis. Sedap dan rangup tak terkata.

Inilah makanan ringan orang dulu-dulu yang banyak ditemukan di meja hidangan ketika hari raya atau kenduri-kendara.

Kudapan orang lama ini sebenarnya tidaklah sukar disediakan. Asalkan cukup bahan dan mengikut teknik betul, anda pun boleh sediakan rempeyek sendiri!

Baca juga: Rempeyek resipi nenek sedapnya sampai 3,800 share, mudah sangat, rangup tak sedar habis sebalang

Resipi daripada Siti Aisyah ini berbaloi dicuba. Setiap adunan boleh menghasilkan 200 keping rempeyek, banyak kan?

REMPEYEK

Bahan-bahan
500 gram tepung beras Cap Bunga Teratai
5 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar ketumbar biji *
3 sudu besar jintan putih *
1 sudu besar jintan manis *
2 biji telur
1 kotak kecil santan
1 sudu besar air kapur yang jernih
8 ulas bawang putih #
6 biji buah keras (opsyenal) #
1 genggam ikan bilis #
Garam secukupnya
Serbuk perasa (opsyenal)
Air
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan

1-Kacang tanah dibasuh dan dijemur.

2-Bahan bertanda * disangai dan kemudian dikisar.

3-Manakala bahan # dikisar atau ditumbuk.

4-Campurkan tepung beras dan tepung jagung.

5- Masukkan rempah yang dh disangai dan dikisar, bahan yang dikisar ditumbuk, santan, telur, air kapur, garam dan serbuk perasa..

6- Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.

7-Kemudian panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.

8-Panaskan acuan dalam minyak yang panas. Angkat acuan dan tuang sedikit adunan dan ratakan.

9-Apabila sudah rata, keluarkan semula sedikit adunan untuk mengelakkan rempeyek terlalu tebal.

Iklan

Baca juga: 1,400 share, resipi mudah kacang sira pedas 5 bahan, sedapnya tak sedar habis sebalang

10-Kemudian taburkan kacang tanah dan goreng. Rempeyek akan tertanggal sendiri daripada acuan..

11-Jangan lupa terbalikkan rempeyek agar masak elok sekata dan kawal api supaya tidak terlalu besar.

12-Selepas angkat, toskan dan biarkan sejuk.

13-Simpan rempeyek di dalam bekas yang kedap udara.

Iklan

TIP: Sebelum tuang adunan rempeyek ke dalam acuan, jgn lupa pastikan acuan betul-betul panas. Nanti dia elok terbentuk dan mudah tanggal sendiri.

Baca juga: Guna 4 bahan mudah, kuih bijan warna-warni air tangan Nur Hidayah bikin ramai jatuh cinta

Baca juga: Kuih getas jadi lagi sedap kalau guna tepung pulut hitam. Wanita ini kongsi tip mudah

Sumber: Nama Saya Siti Aisyah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi