JENAMA popular, FOLLOW ME baru-baru ini memperkenalkan mandian badan FOLLOW METM Deluxe Gold Anti-Bacterial serba baharu.

Deluxe Gold ialah formula piawaian emas yang diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semula jadi seperti melaleuca dan arang.

Pengurus Besar Tohtonku Malaysia & Singapura, Patrick Ee berkata, produk tersebut dicipta untuk memberi pengalaman mandian yang lebih menarik dengan formula antibakteria semula jadi yang melindungi kulit.

“Ia juga terbukti halal, selamat, lembut dan sesuai untuk seisi keluarga,” katanya.

Menurut Patrick, FOLLOW METM Deluxe Gold terdiri daripada rangkaian FOLLOW METM Anti-Bacterial Deep Cleansing Charcoal dan FOLLOW METM Anti-Bacterial Daily Detox Tea Tree.

Deep Cleansing Charcoal antara lain membantu membuang segala kotoran termasuk kulit mati dan bintik hitam termasuk menyahtoksinkan serta mengetatkan kulit dan pori.

“Produk yang tidak merengsakan ini telah diuji secara dermatologi dan lembut kepada kulit, sekali gus memberikan perlindungan bakteria semula jadi dan serba lengkap untuk seisi keluarga,” ujarnya.

BACA JUGA: Khas untuk wanita berhijab, siri FOLLOW ME Green Tea Hijab khas dirumus untuk rambut lebih harum selama 48 jam

BACA JUGA: Syampu, perapi jenama Kusabana dari Jepun guna 90 peratus bahan semula jadi, bebas daripada silikon

Sementara itu, FOLLOW ME Anti-Bacterial Daily Detox Tea Tree yang mengandungi minyak melaleuca boleh mengurangkan kemerahan dan bengkak serta mengurangkan parut jerawat.

Iklan

Keseluruhan rangkaian Antibakteria FOLLOW METM bebas daripada kandungan berbahaya (tanpa paraben, triclosan dan sabun).

Pembelian boleh dilakukan di premis di seluruh negara atau melalui platform e-dagang, Shopee dan Lazada.

Iklan

FOLLOW METM Deluxe Gold Anti-Bacteria kini boleh didapati dalam saiz pembungkusan 950 dan 220 mililiter. Masing-masing dijual pada harga RM17.90 dan RM6.

Untuk maklumat lanjut mengenai FOLLOW METM dan siri produk Antibakteria keluarannya, layari www.followme.com.my atau kunjungi halaman Facebook dan Instagram.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.