SELAIN kulit wajah, rambut juga perlu menjalani proses khusus bagi memastikan penjagaan rambut kekal sihat, rapi dan kemas.

Permasalahan yang berbeza seperti rambut rosak, kering, berminyak, berkelemumur atau gugur perlu diatasi dengan perawatan berlainan agar tidak berlanjutan.

Begitu juga dengan syampu dan perapi rambut Kusabana yang dirumus daripada air mata air panas dari Yubara Jepun.

 

Baca juga: 7 idea bento dicadangkan alce nero untuk mak ayah sediakan untuk bekal anak kecil ke sekolah

Baca juga: Produk koleksi botol dan pam susu buat si comel royal philips terus hargai peranan kaum ibu 

Sumber semula jadi itu kaya dengan pelbagai mineral seperti natrium, kalsium dan potassium yang baik untuk kulit kepala kekal sihat sentiasa. Dalam bahasa Jepun, Kusabana membawa maksud ‘tumbuhan berbunga’.

Ia juga diinspirasikan daripada kesenian budaya rakyat tempatan yang sangat mengangumi keindahan alam dengan cara mengubah bunga.

Sebahagian produk penjagaan rambut Kusabana.

Minyak Camelia Japonica dari Pulau Toshima dipilih sebagai bahan utama yang berfungsi untuk mengurangkan pembentukan rambut bercabang dan mengawal kekeringan.

Oleh itu, rambut akan kekal ‘terselamat’ daripada pengaruh luar seperti cuaca, sekali gus membantu menjadikan rambut kekal lembut, bersinar dan mudah terurus.

Tidak sukar untuk mendapatkan produk berkenaan kerana ia boleh didapati di cawangan Guardian Malaysia.

Pusat keperluan kesihatan dan kecantikan harian itu sentiasa berusaha menawarkan rantaian produk berkualiti kepada pelanggan.

Model memegang sebahagian produk penjagaan rambut Kusabana.

Pengarah Komersial dan Pengarah Jenama Sendiri Malaysia dan Brunei, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Anna Hull,
berkata, Guardian sentiasa melakukan kajian terperinci dan membawa masuk produk terbaik.

“Kusabana merupakan hasil daripada usaha berterusan dan produk ini dibotolkan secara eksklusif untuk pelanggan Guardian. Kehadirannya sekali gus menjadi salah satu produk Jenama Sendiri eksklusif Guardian.

“Formulasi unik Kusabana sepenuhnya dari Jepun. Boleh dikatakan 90 peratus bahan semula jadi digunakan dengan esktrak haruman bertaraf dunia termasuk bebas daripada penggunaan silikon,” jelas beliau.

Rangkaian seperti syampu dan perapi Moist and Shine, Pupur Rambut Damage Repair, Volume dan Anti-Breakage, Deep Cleanse and Refresh dan Minyak Rambut Jasmin Moist and Repair.

Tidak hanya terdiri daripada bahan asli bumi, syampu dan perapi Moist and Shine turut mempunyai Nourish Lock ComplexTM unik untuk membantu menyuburkan rambut dan menyegarkan kulit kepala.

Iklan

Campuran ramuan minyak argan, madu, minyak zaitun, ekstrak ume, ekstrak kulit anggur dan ekstrak biji moringa bersama haruman Rose Tea Thyme.

Kesemua bahan tersebut baik untuk menjadikan rambut lebih bersinar, halus dan tidak kering. Pada masa sama ia dapat merawat dan memperbaiki keadaan rambut di samping melindungi daripada sinaran UVB.

Selain syampu dan perapi, minyak rambut Jasmin Moist and Repair juga boleh dijadikan sebagai alternatif tambahan.

Antara manfaatnya adalah mengurangkan pembentukan hujung rambut bercabang, menghilangkan rambut kusut, menyuburkan rambut, meningkatkan kilauan dan meningkatkan keanjalan rambut.

“Pengenalan rangkaian jenama ini mencerminkan kesungguhan Guardian dalam memperkenalkan produk terbaik dengan teknologi terkini. Bukan sahaja memberi nilai lebih baik memberi refleks kepada jenama kami sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu di Malaysia.

Iklan

“Guardian juga telah dipilih sebagai pemenang anugerah Platinum untuk Peruncit Terbaik dalam Anugerah Jenama Putra baru-baru ini,” jelas Anna.

Produk perawatan rambut Kusabana dijual pada harga RM31.90 setiap pek.

 

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI