Resepi kek pandan lima biji telur sukatan cawan, lemak gebu

A
A
A

RESEPI kek yang mudah dan ringkas menggunakan sukatan cawan selalunya praktikal. Tidak perlu leceh menimbang bahan, masa penyediaanya pasti lebih pantas.

Kek pandan lama sentiasa menjadi pujaan. Sedap, lembut dan tidak muak, kek ‘old school’ tetap menjadi peminatnya yang tersendiri.

Baca juga: 3 resipi kek popular Azlina Ina. Lembut dan gebu, tak jemu makan

Siapa tidak rindu Kek Pandan, rasa lemak manis daripada santan dan keharuman pandan membuatkan kita teringat-ingat.

Baca juga: Rahsia buat puding mangga yang cepat, mudah dan pasti menyelerakan

Rupa-rupanya kek tradisi ini bukan sahaja menarik dan enak, malah mudah disediakan.

Bagi yang 'mengidam' kek pandan, apa kata cuba resipi yang dikongsikan ‘tauke’ kek tersohor, Azlina Ina ini.

“Rasanya macam chiffon tapi bukan. Gebu kan? Tersangat gebu dan sedap. Rasa premium membuatkan kek pandan ini tak puas dimakan walau hanya kosong,” titip Azlina.

Azlina Ina tidak lokek berkongsi resipi kek yang diniagakannya

Pemilik Red Houz Bakery itu berkongsi bahan-bahan dan cara penyediaan kek tersebut yang mudah seperti berikut;

BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung naik sendiri

5 biji telur

1 cawan gula halus

1/4 cawan susu tepung

125 gram santan kotak

125 gram mentega premium (dicairkan, ambil secawan sahaja)

1 sudu besar emulco pandan kelapa

1sudu besar pewarna hijau epal

1 sudu besar ovalatte

LANGKAH PENYEDIAAN

1.Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan putarkan pada kejadian perlahan.

2.Apabila tiada ketulan tepung, naikkan kelajuan mesin pengadun kepada sederhana kuat.

3.Adunan akan bertukar kepada hijau muda. Ini masanya untuk memasukkan santan. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga habis.

4.Selepas itu, tingkatkan kelajuan mesin pengadun kepada paling laju sehingga adunan gebu.

5.Periksa adunan, jika adunan berkumpul di bahagian pemukul, ia bermakna kek sudah pun gebu.

6.Masukkan mentega yang dicairkan.

7.Dengan menggunakan spatula, gaul rata mentega secara manual sehingga rata. Menurut Azlina, ia perlu dilakukan dengan laju.

8.Tuangkan adunan ke dalam acuan berdiameter 8 inci yang sudah dilapikkan kertas pengalas atau baking paper.

9.Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170 darjah Celcius selama 45 minit.

Kata Azlina, kek pandan ini boleh diletakkan aising dan sesuai digandingkan dengan apa sahaja ‘topping’ pilihan.

Baca juga: Hanya 2 cawan dark chocolate dapat hasilkan 36 potong kek, sedapnya brownies kedut

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca