JIKA kering idea untuk memasak, apa kata kalian mencuba resipi puding mangga yang mudah dibuat, cepat dan pastinya menyelerakan.

Menerusi perkongsian Muhammad Ali dalam Facebook, resipi yang diadunnya memang nampak senang kerana semua bahan tidak sukar untuk dibeli.

Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan puding mangga untuk loyang petak 8 inci:

puding mangga
Kredit resipi & foto: Muhammad Ali.

Bahan-bahan

Lapisan pertama (adunan putih)

puding mangga
Kredit resipi & foto: Muhammad Ali

Baca juga Sajian puding kurma yang ‘menggoda’ selera kita. Senang sangat, guna 6 bahan saja

Lapisan kedua (adunan kuning)

Cara penyediaan:

Lapisan pertama (adunan putih)

Iklan
  1. Isi buah mangga yang sudah dipotong dadu diletakkan dan susun dalam loyang.
  2. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat proses seterusnya.
  3. Panaskan 8 gram agar-agar tali dan tiga cawan air dengan api sederhana.
  4. Biarkan mendidih dan selepas agar-agar terurai, masukkan 50 gram gula.
  5. Selepas adunan sudah sebati, masukkan 130 gram susu segar dan 30 gram dairy whipping cream.
  6. Biarkan mendidih dalam 2 hingga 3 minit.
  7. Kacau sebentar sebelum api ditutup.
  8. Biarkan dalam 3 hingga 4 minit sebelum tuangkan dengan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang.
  9. Simpan semula di dalam peti sejuk.
puding mangga
Kredit resipi & foto: Muhammad Ali.
puding mangga
Kredit resipi & foto: Muhammad Ali.
puding mangga
Kredit resipi & foto: Muhammad Ali.

Lapisan kedua (adunan kuning)

  1. Masukkan 8 gram agar-agar tali dan 3 cawan air dan panaskan dengan api sederhana.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan 30 gram gula.
  3. Kemudian, masukkan 130 gram susu cair, 30 gram dairy whipping cream, 300 gram puri mangga dan 3 sudu makan sunquick mangga.
  4. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih selama 2 hingga 3 minit.
  5. Matikan api dan biarkan adunan suam sebelum tuang ke atas lapisan putih.
  6. Sebelum tuang, cucuk dahulu adunan dengan garfu supaya lapisan melekat sempurna.
  7. Sejukkan adunan puding selama 3 jam sebelum dihidangkan.
puding mangga
Kredit resipi & foto: Muhammad Ali.
puding mangga
Kredit resipi & foto: Muhammad Ali.

Baca juga Air mineral rahsia utama Puding Titisan Hujan nampak ‘cantik’ dan membulat. Tak susah pun nak buat

Bagaimana? Kalian tergerak hati untuk mencubanya tak? Kalau ya, jangan lupa tag SinarPlus hasil air tangan anda, ya?

Iklan

Melihat kepada cara penyediaannya, memang nampak seperti sukar, tetapi sebenarnya mudah sahaja dan yang paling penting cepat.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI