LABA garlic atau jeruk bawang putih memang ‘viral’ akhir-akhir ini. Banyak dikongsikan di laman sosial, warna bawang bertukar menjadi hijau menjadi perhatian ramai.

Pada mulanya penulis tertanya-tanya apakah khasiatnya jeruk bawang putih yang bertukar hijau ini?

1-Xinhua mendedahkan penyelidik China mendapati laba garlic mengandungi tiga jenis peptida aktif yang berupaya memusnahkan bakteria.

2-Hidangan berona kehijauan yang diawet dengan cuka itu sedikit pedas.

3-Menurut penyelidik dari Universiti Tianjin China, tiga peptida aktif dalam laba garlic ini boleh membentuk liang pada permukaan bakteria, memusnahkan membran, menyebabkan kebocoran kandungan selular di dalamnya dan menghalang pertumbuhan bakteria seperti E. coli dan S. aureus.

Baca juga: FDA ingatkan sebilangan kentang, lemon, limau dan jeruk mungkin ada pencemaran bakteria

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

4-Penemuan itu telah dilaporkan dalam jurnal Food and Function yangmana para penyelidik mendapati peptida aktif dalam bawang putih mempunyai aktiviti antibakteria tinggi dengan kadar ketoksikan yang rendah.

5-Peptida ialah sebatian yang mengawal selia pelbagai fungsi seperti pertumbuhan, metabolisme dan kesuburan.

Bercakap mengenai laba garlic, SinarPlus ingin berkongsi resipi Tasha Yusoef ini. Mudah sangat menyediakannya, hanya perlu tiga bahan.

“Ia digelar laba garlic kerana ia biasanya dibuat pada hari kelapan bulan “La” (iaitu bulan ke-12), iaitu musim sejuk yang mana Laba Festival diraikan.

“Ketika perayaan ini, jeruk bawang putih ini biasanya dihidangkan bersama ladu.

“Kalau kita, makan dengan mee goreng, sup, mi segera atau ayam bakar atau jenis-jenis makanan yang berminyak sedap dipadankan dengan jeruk ini,” kongsinya.

Baca juga: Minyak bawang putih pelbagai guna homemade untuk batuk, berkahak dan selesema pun boleh

RESIPI LABA GARLIC

Iklan

2 labu bawang putih (kupas, cuci dan toskan)
2 sudu gula
Cuka makan secukupnya (penuhkan hingga tenggelam bawang putih)

LANGKAH PENYEDIAAN
1-Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas bertutup yang bersih.
2- Biarkan sehingga bertukar kehijauan.
3-Ia biasanya memakan masa empat hingga lima hari barulah boleh dimakan.

Kenapa bawang putih ni boleh bertukar jadi warna hijau? Ia adalah indikasi yang menunjukkan bahawa laba garlic ini sedia untuk dimakan.

Tasha berkongsi sumber mengatakan laba garlic mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dan melancarkan pencernaan.

Selain memakannya sebagai pembuka selera, ia juga digunakan dalam perubatan Cina untuk mencegah selesema dan menurunkan tekanan darah.

Iklan

Baca juga: Legakan bersin pagi, doktor kongsi petua, hanya guna bawang putih dan air

Sumber: Tasha Yusoef, Xinhua

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.