BILA tiba bulan puasa, Roti John antara makanan paling banyak peminatnya, bukan? Roti John adalah pelengkap selera bagi sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Bukan sahaja rasanya yang enak, malah mengenyangkan.

Selalunya beli di bazar Ramadan, tapi sepanjang tempoh PKP ni tiada bazar Ramadan dibenarkan untuk beroperasi. Jadi, apa kata anda cuba buat di rumah?

Nanti boleh buat dalam kuantiti yang banyak untuk seisi keluarga juga!

Bahan-bahan:

– Roti john atau roti oblong (belah tengah)
– Daging kisar ramly atau daging burger
– Bawang merah,cili merah, cili api
– 2-3 biji telur
– Planta
– Sos cili
– Mayonis
– Thousand island
– Timun dan kubis
– Sedikit garam

Cara-caranya:

1) Mula-mula satukan telur, daging dan bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.

2) Kemudian sapu roti dengan planta. Ketepikan.

3) Sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan daging tadi dan biarkan daging sampai masak.

4) Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.

Iklan

5) Bila sudah masak, baru angkat.

6) Kemudian bila sudah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yang ada. Siap dipotong! Senang kan?

Sedapnya! Boleh makan untuk berbuka dan sahur juga. Mesti kenyang dan anak-anak pun mesti suka.

Iklan

Selamat mencuba.

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: USIAMUDA