Sedapnya tom yam 'goong' Khairul Aming, masam, pedas & creamy! Nak lagi power letak 1 bahan ini, lebih kick

A
A
A

TOM yam 'goong' atau tom yang 'kung' memang sedap. Hidangan berkuah berasal dari Thailand ini menggunakan udang sebagai bahan utama. Wujud pelbagai versi tom yam 'goong' yang masam, pedas dan creamy, namun resipi dikongsi pempengaruh masakan, Khairul Aming ini paling menggoda selera.

Rupanya ada rahsia untuk dapatkan rasa berlemak, pedas, segar tom yam 'goong'. Influencer terkenal dengan dengan tagline, ‘hey wassup guys’ itu berkongsi satu bahan rahsia.

Langkah penyediaan pun simple. Mudah kata, membuatnya tak renyah. Campak-campak siap!

Baca juga: 20kg turun dalam masa 12 bulan, kejayaan Khairul Aming inspirasi geng diet. Dah tak mengah, muat baju lama

TOM YAM GOONG VERSI KHAIRUL AMING

Bahan-bahan

15 ekor udang

3 batang akar ketumbar

2 batang serai

Halia (sebesar ibu jari, dihiris)

Lengkuas (sebesar ibu jari, dihiris)

1 biji bawang besar merah

6 helai daun purut

3 sudu besar pes tom yam [BELI DI SINI]

1 sudu pes cili Thai (opsyenal) [BELI DI SINI]

8 biji cili padi

1/2 tin susu sejat [ BELI DI SINI]

1 biji tomato

Cendawan enoki [ BELI DI SINI]

3 sudu besar sos ikan [ BELI DI SINI]

Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara penyediaan

1-Pertama sekali, panaskan minyak kemudian gorengkan kepala udang dengan kulit udang sehingga ia bertukar warna perang dan keluarkan.

2-Kemudian, kisarkan gorengan kepala udang dan kulitnya dengan air. Selepas itu, tapiskan sebelum masuk ke dalam kuali yang sama.

3-Kalau nak tahu, air udang itu yang membuatkan hidangan lebih sedap berbanding biasa.

4-Seterusnya, tambahkan air kosong di dalam kuali berisi air tapisan udang. Letakkan tiga akar daun ketumbar dan bahan dihiris iaitu tiga batang serai, halia sebesar ibu jari, lengkuas sebesar ibu jari, satu biji bawang merah. Masukkan juga enam helai daun limau purut.

5-Tambah tiga sudu pes tomyam dan satu sudu pes cili Thai (opsyenal, kalau nak tambah lagi sedap).

6-Selepas bahan sudah sebati dan menggelegak, masukkan udang, cili padi, setengah tin susu sejat, tomato, cendawan enoki, gula, garam dan serbuk perasa.

7-Kemudian jangan lupa tambah tiga sudu sos ikan sebelum padamkan api.

8-Boleh dihidangkan bersama mi atau bihun. Sebelum makan, perahkan limau nipis serta taburkan hirisan daun ketumbar untuk rasa yang lebih 'kick'!

Selamat mencuba!

Baca juga: Gara-gara resipi burger ala prosperity Khairul Aming, daging oblong Ramly laku keras, sold out di kedai

Baca juga: Cucur udang gebu & rangup, ini resipi tanpa air kapur atau soda, macam orang dulu-dulu

Baca juga: ‘Macam tu je sale dia naik.' Penangan Khairul Aming, gerai cendol sold out tak sampai 24 jam

Sumber: /video/1" target="_blank" rel="noopener">X Khairul Aming

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca