SELEPAS 17 tahun melakar nama di persada fesyen tanah air, jenama terkenal Rizman Ruzaini (RR) menganjurkan RR Pop Up Booth di beberapa lokasi terpilih baru-baru ini.

Untuk tujuan itu, RR memilih Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini sebagai tagline sepanjang kempen tersebut dijalankan.

Rizman bersama rakan niaganya, Ruzaini Jamil.

Ketika berucap merasmikan majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, RR Pop Up Booth diadakan bertujuan mendekatkan RR dengan RR Royalties yang selama ini menjadi tulang belakang keteguhan jenama tersebut.

“Selama ini platform jualan kami lebih tertumpu secara dalam talian. Justeru, ia membataskan pengalaman RR Royalties untuk merasai, mencuba, menyentuh dan melihat secara dekat setiap produk yang ingin mereka beli.

“Oleh yang demikian, pembukaan RR Pop Up Booth ini membolehkan RR Royalties berada lebih dekat dengan jenama kami. Secara tidak langsung, sebagai pemilik jenama ini, kami juga dapat bersua muka dengan pelanggan di samping berkomentar secara terus bersama mereka.”ulas Rizman lagi.

Baca ni Suntikan lebih segar, moden dan praktikal, rekaan fesyen Rizman Ruzaini tampilkan 10 selebriti daripada generasi berbeza

Baca lagi Rizman Ruzaini, lancar 100 koleksi raya mampu milik

TAWARAN HARGA ISTIMEWA

RR Pop Up Booth akan berada di lima lokasi utama iaitu:

1)Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023)
2)Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023)
3)Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023)
4)Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023)
5)Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023).

Selain itu, RR tersebut juga turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya, promosi tawaran harga istimewa dan sesi happy hour yang akan membuatkan RR Royalties rambang mata untuk membeli-belah.

Iklan

Malah, pelanggan RR juga berpeluang bertemu selebriti kesayangan mereka menerusi sesi Meet & Greet.

Sebahagian besarnya terdiri daripada RR Muses sendiri iaitu Mira Filzah, Diana Danielle, Marsha, Sharifah Rose, Nazim Othman, Daler Yusuf, Malek Mccrone dan ramai lagi.

Lebih menarik lagi, di RR Pop Up Booth itu nanti, turut diadakan persembahan nyanyian oleh penyanyi jemputan. Pasti meriah dan gamat jadinya!

Baca lagi ‘Untung isteri, rumah lawa suami baik.’ Black Hanafiah kongsi suasana kediaman raih pujian. Kemas & tenang jer!

Tambah Rizman, dengan adanya RR Pop Up Booth ini juga memberi peluang kepada pengedar mereka, RR Icon dari seluruh negara untuk mendapatkan pesanan daripada pelanggan mereka. Inilah platform terbaik untuk mereka menjana pendapatan tambahan di musim perayaan ini.

Iklan

“Dianggarkan lebih 100,000 RR Royalties akan menyerbu RR Pop Up Booth ini sepanjang tempoh kempen berlangsung.

“Pastinya aura produk Rizman Ruzaini itu sendiri seperti baju raya, skarf dan aksesori yang akan menarik mereka ke booth tersebut di samping tawaran menarik yang disediakan,” ujar beliau lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi