ROTI sosej berkeju bersalut telur ini sesuai disediakan buat sarapan pagi atau pun minum petang.

Bukan sahaja mudah untuk disediakan tetapi juga cukup menarik jika disajikan untuk kanak-kanak.

Selain itu, ia juga boleh jadi menu yang ohsem untuk majlis hari jadi dan potluck.

Sangat sedap dimakan ketika masih panas kerana kejunya masih cair dan meleleh di dalam.

Mari kita cuba membuatnya mengikut resipi daripada perkongsian Syazlieyn Kamaluddin ini.

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Telur
  • Keju
  • Sosej – tak perlu rebus
  • Sos dan mayonis (jika mahu)

Artikel berkaitan: Baked carbonara cheese meatball lazat, rugi tak cuba!

Cara goreng:

1. Mula-mula sediakan 2 keping roti. Letakkan keju dahulu di atas roti.

2. Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas keju. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.

3. Tekapkan lagi sekeping roti di atas keju dan sosej yang telah disusun tadi.

Iklan

4. Pecahkan biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.

5. Kemudian celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.

6. Panaskan kuali dan goreng menggunakan kuali biasa sahaja, letak minyak sikit agak-agak tak melekat, nak guna majerin pun boleh.

Iklan

Siap, bagi yang suka boleh diletakkan sos dan mayonis di atasnya.

Jom cuba! Moga bermanfaat.

Kredit: Syazlieyn Kamaluddin